Mohd.Yazid Deraman
(IPG kampus Kota Bharu, Kelantan)
Punca penyakit dewasa ini salah satu faktor utama yang
dikenalpasti ialah keasidan badan yang berlebihan. Ia pembunuh senyap yang
boleh mengacam manusia. Tubuh yang mempunyai keasidan yang tinggi dan paras PH
yang rendah sukar menyerap vitamin, kalsium dan mineral dalam tubuh. Pemakanan
yang tidak sihat dan kekurangan oksigen dalam badan penyumbang utama kepada peningkatan dan pengumpulan asid dalam
badan. Sekiranya tiada tindakan meneuturalkan asid dan mengekalkan PH dalam
badan yang sihat pelbagai penyakit kronik akan muncul dan memberi kesan kepada
kesihatan kita.
KANSER – Tahab
asid yang tinggi melemahkan fungsi darah
untuk memerangkap oksigen. Apabila sel dalam badan tidak mendapat oksigen yang
cukup, maka sel yang mati berpotensi sebagai sel kenser.
KENCING
MANIS- Kumuhan berasid akan berkumpul dalam Penkreas yang lama
kelamaannya akan menyebabkan ia menjadi lebih berasid dan menghalang daripada penghasilan insulin.
DARAH
TINGGI- Toksin dalam badan melekat dan berkumpul dalam dinding
kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran
darah melalui kapilari yang sempit menyebabkan
tekanan darah meningkat.
DARAH
RENDAH – Toksin yang terkumpul akan menyebabkan ion kalsium dalam
jantung yang boleh menyebabkan aktiviti jantung menjadi lemah dan tekanan darah
menjadi rendah.
ASMA KRONIK- Pengambilan
asid terus menerus, parasit dan bakteria akan merebak dan akan menyebabkan
penurunan tahap oksigen. Kesan jangka panjang akan menyebabkan keletihan yang kronik dan tahap tenaga yang
rendah.
BUAH
PINGGANG- Kegagalan buah pinggang peringkat akhir akan menyebabkan kehilangan
fungsi normanya. PH dalam badan perlu dikekalkan untuk kesihatan buah pinggang dan fungsinya.
Sumber Mingguan Malaysia Ahad 30 Disember 2014