AMALAN
PEMAKANAN UNTUK GAYA HIDUP SIHAT
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
OLEH
MOHD.YAZID
BIN DERAMAN
Jabatan Pendidikan
Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Kota Bharu
mydyazid@gmail.com
PENDAHULUAN.
Kesihatan merupakan kunci utama kesejahteraan insan dan
kehidupan kita. Kesihatan umpama sahabat, kehilangan dirasai ,bila ianya telah
pergi dirasakan kesusahan. Kesihatan merupakan satu simbul kekayaan. Sehebat
mana kita manusia, setinggi mana pangkat kita, agenda penjagaan kesihatan misti
diutamakan pengekalan status kesihatan setiap orang merupakan kewajipan yang
utama . Dalam dunia yang sedang membangun dan serba moden kehidupan kita
sekarang banyak dibantu dengan teknologi moden , ditambah dengan kesibukan dan
tugasan yang berpanjangan, hingga kita lupa dan alpa aspek penjagaan kesihatan
diri. Kita hanya akan berjumpa doktor bila kita sakit. Bila diberi sedikit
ujian kesihatan kita barulah ada kesedaran, berdoa memohon pada Tuhan supaya
sembuh dari penyakit dan merasakan
alangkah bahagianya jika diberi kesihatan yang baik
Kesihatan kita tidak ternilai dengan
wang ringgit,Ia terlalu berharga. Kesihatan merupakan nikmat dan anugerah Allah
S.W.T yang amat besar ertinya dalam kehidupan manusia sebagai bangsa beragama
kita tidak boleh lari dari penciptanya, jiwa yang tidak tenang, resah gelisah
dan gundah gualana berarti tidak sihat secara rohani. mereka yang tidak
memiliki hubungan yang baik dengan penciptanya sering merasa terhukum apabila
jatuh sakit. Tetapi persoalanya adalah kita menghargai kesihatan kita yang
sangat ternilai itu? Apakah langkah kita
lakukan untuk mencegah badan kita dari sakit atau supaya badan kita mampu
memberi prestasi, umpama kereta baru kita. Pernahkah kita menjalani pemeriksaan
berkala atau mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam dan
sebagainya. Fikirlah, kerana tabiat manusia tidak merasakan penting kesihatan
selagi mereka tidak sakit. Umpama kita orang tua-tua, bila terhantuk baru
terngadah. Orang merokok akan terus merokok walaupun ia sedar bahaya merokok,
Orang yang mengamalkan gaya hidup ‘sedentary’ terus mengamalkan gaya hidup ‘sedentary’
walaupun ia tahu gaya hidup tersebut bukan amalan gaya hidup yang sihat.
Pelajar-pelajar kita waktu petang gemar melepak walaupun ia tahu mengisi masa lapang
beriadah waktu petang baik untuk
kesihatan. Pensyarah kita semua tahu penyakit kencing manis, kolesteral, darah
tinggi, Penyakit jantung koranari, tapi tidak tidak tahu atau tiada pengetahuan
bagaimana kaedah menjaga kesihatan atau berupaya bersenam atau beriadah kerana
alasanya sentiasa sibuk malaslah dan
tiada masa.
MASALAH
KESIHATAN MASA KINI
Masalah kesihatan di dunia sekarang
telah mengalami revolusi, jika dulu
masyarakat mengalami kekurangan zat
makanan dan vitamin tapi hakikat hari ini masyarakat mengalami masaalah kesihtan,
disebabkan terlebih makan, lebihan kolesteral, lebihan gula, lebihan berat
badan dan obesiti. Penyakit wujud dalam mesyarakt sekarang kerana limpahan
rezeki, dimana manusia lupa dan tidak mengikut peraturan yang disusun oleh
Allah SWT dan tidak mengikut sunnah yang dijar oleh Rasullah SAW. Ini berlaku
akibat kelalaian dan kealpaan manusia sendiri yang tidak menjaga kesimbangaan
dalam hidup, seperti sanatullah yang ditetapkan. Dalam surah ar-Ruum ayat 41
dimana Allah mengingatkan kita, bahawa kerusakan muka bumi ini akibat perbuatan
manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab atau merasa akibat
daripada perbuatan tersebut kegagalan
inilah yang menyebabkan manusia mendapat
pelbagai penyakit.dan pelbagai penyakit yang pelik menjadi wabak didunia moden
tampa ada cara, teknologi moden, penyelidikan atau ubat, veksin, antibodi untuk
menyembuhnya.
Dari kajian statistik Kementerian Kesihatan Malaysia daripada
26 juta penduduk Malaysia, 6 juta warga dewasa mempunyai berat badan berlebihan.
Bilangan yang gemuk dinegara 3 kali ganda Penyelidikan TNS Asiapanel 2006,
mendapati 38 peratus suri rumah Malaysia mempunyai berat badan berlebihan
tertinggi di kalangan 5 negara Asian, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Korea
Selatan. semenjak 10 tahun dulu, ini melebihi negara Jerman dan Perancis.
Kira-kira 2.3 juta perokok di Malaysia, Kajian menunjukkan 8.4 juta rakyat Malaysia tidak suka atau mengelak dari bersenam. Peningkatan
pesakit yang masuk wad hospital akibat diabetis amat merisaukan. Kajian Pegawai
Penyelidik IKIM dan Kementerian Kesihatan 2006, Gaya hidup masyarakat negara
ini menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik. Antara ciri yang
mendatangkan resiko penyakit bahaya yang tidak berjangkit ialah gaya hidup dan
gaya penakanan yang tidak sihat dimana kajian Kementerian Kesihatan 7.2.juta (60.1) rakyat tidak menjalani
aktiviti fizikal; dan 8.7 juta (7.8 peratus tidak memakan sayuran dan buahan).
MENGAPA
PERLU GAYA HIDUP SIHAT
Kita perlu mengamalkankan Gaya hidup
yang sihat kerana gaya hidup sihat
sebagai satu proses atau amalan kesihatan kearah perubahan hidup yang
berkualiti dan memuaskan. Ia meliputi
pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan dan stress dan yang paling
penting menghindar diri dari aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko kepada
kesihatan. Gaya hidup sihat berkaitan rapat dengan kecergasan dan senaman.
Semua orang ingin sihat sejahtera dan menikmati kehidupan yang aman. Kuncinya
ialah dengan pemakanan yang sihat, kekal aktif, mengurus kesejahteraan emosi dan memastikan kita tidak mengidap
sebarang penyakit walau pun seusia 40 tahun. Setiap individu dari pelbagai
kategori dinasihatkan melakukan aktiviti fizikal 3 kali seminggu selama 30
minit, mengamalkan pemakanan yang rendah lemak dan garam. Pepatah ada mengatakan
diri kita apa yang kita makan Kerajaan
tidak boleh menjaga kesihatan setiap rakyat, merekalah perlu menjaga kesihatan
masing-masing
Sebaik doktor adalah badan kita
sendiri, itulah satu pegangan yang kami cadangkan dalam usaha mengamalkan
kehidupan yang sihat dan sempurna. Jika kita menjaga badan dengan sempurna , maka badan kita
sendiri akan menjaga kesihatan kita. Pada zaman dulu masyarakat terbelanggu
dengan dengan kekurangan zat makanan atau kekurangan nutrisi dan masalah penyakit berjangkit,
tetapi zaman moden ini, masalah utama
melanda dengan masyarakat ialah ketidakseimbangan nutrisi dan serangan penyakit
akibat lebihan zat makan akibat kehidupan yang mewah dan gaya hidup
sedentary, Penyakit biasanya menyerang
masyarakat zaman kemajuan ini seperti kanser, penyakit jantung, obesity,
diabetis dan sebagainya. Mengikut kajian pada 40 tahun adalah tempoh yang
ketara pelbagai penyakit dikesan. Jika dalam usia ini anda sihat dan cergas,
anda boleh menikmati kehidupan yang
sempurna dalam usia yang lanjut,
InsAllah mudah mudahan .Jika ada ada masalah kesihatan masih tidak terlambat
untuk mengambil langkah pencegahan mengatasinya. Masalah utama kesihatan
masyarakat kita ialah kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat , kurang kesedaran dalam
penjagaan kesihatan dan keserdahanaan dalam kehidupan. Gaya hidup yang berlebihan tampa
pengetahuan penjagaan kesihatan akan memberi takanan dan kesannya timbul
pelbagai penyakit.
Kesihatan jasmani boleh dikekalkan
melalui pengambilan makanan yang sihat serta melakukan aktiviti fizikal yang
kerap.Kesihatan jasmani yang baik juga memberi kesan kepada kesihatan rohani
yang mantap. Kesihatan mental yang baik mempamirkan bahawa seseorang mampu
mengawal tekanan hidup yang dihadapi dengan bijaksana dan bebas dari ganguan mental.
Manakala kesihatan sosial ialah individu mampu menambah atau mengekalkan
jaringan perhubungan antara satu sama lain. Gaya
hidup yang sihat ialah penjagaan kesimbangan antara rohani dan jasmani bagi
mengekalkan pelbagai serangan penyakit zaman moden dan seterusnya kita boleh
meneruskan kehidupan dengan kekal sihat dan teratur. Pemakanan juga penentu
kepada tahap kesihatan setiap wagra IPGM. Amalan makan secara sihat seperti
pengambilan makanan berdasarkan kepada piramid makanan adalah faktor penting penjagaan
kesihatan. Penglibatan dalam aktiviti kecergasan seperti berjoging, bersenam
dapat membantu mengawal dan menurun berat badan Aktiviti seperti berbasikal,
berjalan kaki, senamrobik, riadh waktu petang boleh membantu membakar kelori
berlebihan dan menurun berat badan. 300 kelori boleh dibakar dalam 30 minit,
oleh ltu kita digalakkan meluangkan masa 30 minit, 3 kali seminggu melakukan
aktiviti fizikal seperti bersukan, berjalan pantas, berlari, berkebun, naik
tangga dan bermain permainan secara aktif. Melakukan akativiti secara berkala
boleh meningkatkan tahap kesihatan kesan bukan pada fizikal tapi pada psikologi
dan emosi. Feadahnya boleh meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan
memperbaiki sistem pengedaran darah serta menguatkan otot jantung dan membantu
mengawal tekanan darah tinggi.
MAKAN DEMI UNTUK KESIHATAN .
Makan
merupakan satu keperluan dan aktiviti yang amat menyeronokkan.Untuk terus hidup
kita memerlukan pemakanan yang baik dan sesuai untuk kesihatan. Bagitujuga
amalan pemakanan kita yang boleh mendatangkan kebaikan pada kesihatan diri
kita. Malangnya kebayakan dari kita kurang berhati-hati dari segi pemilihan
makanan, baik segi jenis, kualiti dan kuantitinya. Mereka akan makan hanya
untuk memuaskan selera dan mengisi perut agar tiad lapar tampa mengambil kira
makanan itu berzat baik atau tidak untuk kesihatan. Kita kadang kala tertipu
dengan hidangan makanan yang cantik, baunya yang yaman dan rasa yang enak tampa
mengambil kira keseimbangan zat makanan tersebut. Semakin sibut seseorang kita
makan kita mengambil makanan ala kadar saja. Makanan yang baik nilai pemakanan ialah makanan yang lengkap
dan seimbang. Makanan yang lengkap ialah makanan yang mengandungi semua zat
makanan yang penting bagi kesihatan seseorang dalam nisbah yang tertentu. Zat
makanan sangat diperlukan supaya tubuh
badan kita dapat berfungsi dengan sempurna. Tubuh kita memerlukan 50 jenis zat
makanan dan tubuh yang betul-betul sihat dapat menghasilkan 25 peratus daripada
zat tersebut. Zat makanan terbahagi enam kumpulan iatu, karbohidrat, lemak,
protin, mineral, vitamin. Zat-zat ini dibahagikan kepada tiga fungsi, kumpulan
makanan memberi tenaga untuk pergerakan tubuh dan untuk tindakbalas kimia dalam
tubuh. Karbohidrat, lemak dan protein termasuk dalam kumpulan ini. Kumpulan
makanan yang membina dan membaiki tubuh seperti air, protein lemak, karbohidrat
dan mineral. air 63% berat badan, protein 18%, minirel 6%, dan karbohidrat
0.8%. Vitamin tidak dianggap sebagai zat pembina sebab jumlah vitamin dalam tubuh
dewasa tidak mencapai 30gm. Fungsi zat pemakanan lain sebagai mangkin pelbagai
tindakbalas kimia dalam tubuh. Kesemua zat tersebut seperti vitamin dan
mineral.
PANDUAN PEMILIHAN PEMAKANAN YANG SIHAT
Untuk memilih
diet yang memberi kesemua zat makanan dalam jumlah yang mencukupi untuk
kesihatan harian makanan haruslah
memenuhi kriteria berikut iaiatu, seimbang dan sederhana, pelbagai, mencukup
dan mempunyai kalori yang terkawal.
Seimbang
dan sederhana.Setiap orang inginkan kesihatan yang sempurna harus mengamalkan
kriteria keseimbangan dan keserderhanaan dalam
pimilihan diet. Contoh untak mendapatkan zat besi yang cukup harus makan
daging dan ikan (Tapi tidak berlebihan), manakala untuk dapat kalisium yang
cukup harus minum susu atau makan makanan hasil tunusu dalam jumlah yang
berpatutan. Pelbagai: Kita tidak
boleh mengambil makanan yang sama setiap hari. Setengah nutrien merupakan punca
utama beberapa nutrien jika dibanding dengan makanan yang lain. Kelebihan
seseatu nutrien mungkin mudarat dan
bagitu juga jika kekurangan. Makanan yang serupa mungkin tidak diperlukan oleh
tubuh Makanan juga misti mencukupi dan
memenuhi keperluan diet harian (RDA). Keperluan kelori setia orang berbeza
bergantung kepada jantina, umur, jenis pekerjaan atau aktiviti dan juga faktor
umur seseorang. Kalori yang terkawal, berkaitan dengan pemakanan yang membekal
tenaga (karbohidrat, Lemak, protein). Kelebihan kalori menyebabkan kegemukan,
kekurangan kalori dikaitkan dengan kekurangan tenaga dan kelesuan dan ganguan tumbesaran.
Untuk pemilihan
pemakanan yang sihat, pilihlah makanan
yang asli., iaitu makanan yang dimakan dalam bentuk asal atau yang minimum mengalami pemerosesan, pengawetan atau
pengubahsuaian dari bentuk semulajadi. Contonya susu lembu asli dibandingkan
dengan susu coklat, buah rambutan berbanding dengan jus rambutan dalam tin.
kentang segar berbanding dengan cip kentang berperisa. makanan yang diproses
atau diawet akan kehilangan nutrien tertentu. Keduanya mungkin mempunyai kelori yang sama,
tapi khasiat jauh berkurangan dari makanan asli. Pilih makanan yang berketumpatan nutrien yang tinggi, salah
satu rahsia makanan ialah memilih makanan dari setiap kumpulan makanan
(Karboidrat, lemak, protein dan vitamin). Ciri-ciri makanan mistilah pelbagai
dan memenuhi nutrien dalam makanan yang seimbang dapam piramid makanan atau
dalam satu sajian makanan. Tingkatkan
pengambilan buah-buahan dan sayuran. Semenjak dahulu lagi bahawa mereka yang kerap memakan buahan sayuran mempunyai
risiko yang lebih rendah mengalami penyakit
jantung dan strok.kebaikan sayuran berpunca daripada sifat makanan tersebut
yang kaya dengan vitamin, antioksidan iaitu A,B dan E dan kandungan serat yang
tinggi. Biasanya apabila seseorang mengambil buah dan sayur maka ia kurang
mengambil makanan yang kaya lemak. Tingkatkan
pengambilan serat. Sarat ialah saki baki tumbuhan yang tidak boleh dicerna
oleh enzim di usus. Diet berserat ialah makanan yang mengandungi selulosa,
hemiseselulose, gam, pektin atau lagnin, ada larut dalam air (pektin) dan tak
larut dalam air (selulosa dan lignin). Umumnya sayuran dan bijiran merupakan
selulosa yang baik. Epal dan limau serta buahan mengandungi pektin yang baik.
Serat berfungsi mengekalkan fungsi normal gastrousus. Kurangkan pengambilan minyak tepu dan kolesteral.
Asid lemak tepu (SFA) terdapat dalam jumlah yang sangat tinggi dalan keju, kulit ayam, daging berlemak, susu
penuh krim, aiskrim, dadih, kek dan kuih-muih mengandungi lemak, mentega,
santan kelapa dan coklat. SFA akan meningkatkan
aras kolesteral. Untuk mengantikan asid lemak tepu (SFA) boleh diganti
dengan lemak monotaktepu (mengandungi asid lemak monotaktepu MFA). Makanan yang
kaya dengan MFA yang sesuai ganti SFA ialah minyak zaiton, minyak manzola,
kacang, badam dan buah avokado. LDL (lipoprotein berketumpatan rendah) dianggap ‘kolesteral jahat’ kerana ia menghantar
kolesteral kepada sel yang memerlukan dan mengedapkkan kolestera ini
menyebabkan berlaku arterioskrerosis. HDL (Lipoprotein berketumpatan tinggi)
pula dianggap ‘kolesteral baik’
kerana ia memindahkan kolesteral berlebihan dari sel tubuh ke hati untuk
dibuang. Contoh makanan kolestral tinggi ialah telor ayam, organ dalaman
haiwan, makanan laut, makanan asal susu, ayam dan ikan.
AMALAN MAKANAN MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM.
Manusia makan
untuk hidup bukan hidup untuk makan, ini bermakna makan merupakan satu
keperluan bukan untuk tujuan hidup, Islam bagitu perihatin tentang amalan
pemakanan penganutnya. Amalan pemakanan yang dilakukan dengan betul bukan sekadar memenuhi keperluan
fisiologi tetapi merupakan satu ibadah.
Islam mengajar amalan makanan dan pemakanan bermula dari punca dan sumber
makanan, kebersihan makanan, cara memasak, menghidang, memakan dan membuang sisa
makanan. Semua ini diambil kira sebagai amalan dan kesolehan seseorang. Perkara
ini dijelaskan Allah s.w.t yang
berfirman bermaksud:
“Dan
makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan
kepada kamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya .’
(
al-Ma’idah, ayat 88 )
“ Hai Rasul-Rasul makanah makanan yang baik dan kerjakanlah amal yang
soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
( al-Mu’minum. Ayat 51)
Pemakanan
mengikut perspektif Islam untuk menjaga kesihatan, kerana tubuh yang sihat
dapat beribadat kepada Allah dengan sebaik mungkin. Oleh itu kita tidak akan
makan dan minum sesuatu yang bernilai baik dan halal. Ini membuktikan ketaatan
mereka kepada Allah kerana Dia memerentah kepada kaum muslim untuk berbuat
demikian. Sebagaimana maksud firmat Allah s.w.t.
“Wahai
orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan
kepada mu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu
menyembah.”
(
Al Baqarah (2) ; 172 )
Allah
memerentah hamba-Nya beriman untuk memakan makanan yang baik dari rezeki yang
diberikan. Memakan makanan yang halal menyebabkan ibadah dan doa kita diterima.
Jika memakan makanan haram menyebabkan amal ibadah kita di tolak dan doa terhalang.
Allah akan menerima kebersihan makanan dimakan seseorang. Orang muslim makan
makanan yang halal tidak terdapat najis dan kotoran kerana niatnya untuk
beribadah kepada Allah. Makanan akan menjadi haram dari dua perkara iaitu haram
kerana zatnya dan haram cara memperolehinya. Islam mengajar kita tidak
mengharamkan makanan yang baik yang telah di halalkan oleh Allah sebagai rezeki
dengan syarat tidak berlebihan dalam
memakan makanan tersebut dan mengutamakan aspek keseimbangan unsur-unsur
makanan yang diperlukan oleh tubuh.
Rasullah bersabda ertinya....
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah dari mukmin
yang lemah”
(
HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Makanan yang
seimbang adalah makanan yang ideal, baik kuantiti mahupun kualiti. Al Quran
telah mengariskan dasar yang jelas dan bijak dalam hal pemakanan ini. Nabi
Muhammas s.a.w. telah mengukuhkan dasar tersebut sambil memberi beberapa
ketentuan dan peratuan bagi menjamin setiap muslim mengambil makanan yang
sempurna, seimbang segi jasmani dan rohani. Syariat islam menganjur untuk makan
makanan yang beranika ragam dan seimbang yang sangat diperlukan untuk kesihatan
dan kehidupan yang baik. Benar apa yang disabdakan oleh Rasullah s.a.w yang
maksunya:
‘ Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada
mukmin yang lemah”
(HR.
Muslim dan Ibnu Majah)
Kajian banyak
dilakukan untuk menentukan jenis makanan dan nutrien yang sesuai dan yang diperlukan oleh seseorang untuk
kesihatan tubuh badan, keadaan dan lingkungan usia. Allah s.w.t telah mengajar
manusia tidak mengharamkan makanan yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah
s.w.t.
Allah berfirman dengan maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik
yang telah kami berikan kepada kamu dan bersykurlah kepada Allah, jika
benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah”
(Al-Baqarah;
172.)
Islam
menganjurkan umatnya untuk tidak makan makanan dengan tidak berlebihan dan juga
tidak terlalu kedekut hanya makan satu jenis makanan saja dalam satu hidangan.
Firman
Allah s.w.t dengan maksudnya:
“Makan
dan minumlah, tapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berlebihan.”
( Al-A’arf: 31)
“Makanlah
antara rezeki yang baik yang telah kami berikan kepadamu dan janganlah melampau
batas kepadanya yang menyebabkan kemurkaan-Ku menmimpa-Ku meimpa-Mu. Danm barang siapa ditimpa oleh kemurkaan-ku,
maka sesungguhnya binasalah ia”
( Taha, ayat 81)
Salah satu
ciri makanan yang sihat ialah kalori yang terkawal. Kelori yang terkawal
tercapai melalui tabiat makan yang sederhana dan tidak berlebihan.
Rasullah s.a.w. bersabda bermaksud:
“Tidak dipenuhkan oleh seseorang manusia akan karungnya, yang lebih
jahat dari perutnya. mencukupilah bagi nak Adam itu beberapa suap yang
menegakkan sulbinya untuk beribadat . Kalau tidak diperbuatanya yang demikian,
maka sepertiga makanan dan sepertiga minuman serta sepertiga udara”
(
Sir-al-Salikin, Jld 2 hlm 3.)
“
Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup
untuk empat orang dan makanan untuk empat orang
untuk lapan orang”
(
Sahih muslim. Jil 3 hlm 1136)
Rasullah s.a.w
juga menganjur supaya kita makan apabila kita lapar dan berhenti makan sebelum
kenyang. Rasullah berlapar kerana denganya ia dapat bersabar dan Rasullah makan
keran belia dapat bersyukur.Terlalu kenyang akan menggelorakan nafsu akibat
penyakit pada tubuh dan kesanya mengurangkan atau menganggu ibadat. Kita
dinasihatkan menjaga perut dari berkerja berlebihan. Rasullah menasihat kita
berhenti makan sebelum kenyang krana perbuatan itu berkaitan dengan nafsu makan
yang berlebihan bukan kepada keperluan atau asas fisiologi. Makan
berlebihan tampa mengikut peraturan pemakanan dan zat pemakanan
dikaitkan dengan penyakit kronik
Dalam amalan
makanan menurut prespektif islam kita dingatkan supaya bersyukur dan mengingat
Allah yang menganugerahkan nikmat kepada manusia. Baginda bersabda bermasud: “ Segala puji kepada Allah yang
memberikanNya makanan dan minuman, memudahkannya menelan dan
mengeluarkannya.(Abu Ayub r.a). “ Seseorang yang makan dan bersyukur adalah
sebagaimana seseorang yang berpuasa dan bersabar menyempurnanya”. ( Abu Hurairah.r.a.).
ETIKA
MAKAN RASULLAH
Semua
perkataan dan perbuatan Rasullah merupakan sebahagian daripada keimanan kita
Antara sunnah Baginda yang sangat baik untuk kita ikuti ialah etika baginda
makan. Perkara ini mungkin diangap remeh tapi kita perlu membiasakan siri
sebagai sunnah Rasullah.
1 Rasullah meletakkan makanannya di atas
lantai dan baginda tidak pernah makan atas meja.
“Rasullah
tidak pernah makan atas meja “ (Al Bukhari)
2 Menerima makanan yang ada. Jika
Rasullah tertarik makanan yang telah disajikan, maka baginda akan menjamahnya.
Tapi jika baginda kurang gemari baginda akan meninggalkan tampa menghinanya,
“
Rasullah tidak pernah sekali pun mencela
makanan, jika baginda berselera baginda akan memakannya dan jika baginda tidak
tertarik baginda akan tinggalkanya” (Abu Dawud)
3 Baginda makan dengan tiga jari tangan
kanan. Tujuan untuk mengecilkan suapan, menguyah dengan baik. baginda akan
makan dari makanan yang berada di bahagian tepi, bukannya dari bahagian tengah.
“Keberkatan
itu turun di tengah makanan, maka
makanlah dai pinggirnya dan jangan dari tengah”. (HR.Abu Daud .dan Tarmizi)
4 Baginda tidak pernah meniup makanan
dan minuman yang masih panas dan lebih selesa menunggu hingga sejuk, barulah
memakan atau memi numnya. Baginda juga tidak bernafas dalam gelas ketika minum.
Rasullah melarang bernafas atau meniup di dalam minuman sebagaiman hadis riwayat Ibnu Abbas dan Tarmizi.
5 Menunjukkan rasa syukur. Rasullah
menerima makanan sedia ada tampa menghina makanan tersebut menunjukkan kita
bersyukur kepada Allah. Jika kita tidak menjamah makanan dan menghina pula
makanan tersebut menunjukkan perbuatan tersebut mengkufur nikmat Allah. Apabila
makanan telah tersedia, makan dengan ikhlas hati ia bukti syukur kita pada
nikmat dan rezeki dari Allah sebagaimana maksud firman Allah s.w.t
“Dan
(ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan; Jika kamu bersyukur pasti kami
akan menembah (Nikmat) kepada kamu dan jika kamu mengingkari (Nikmat-Ku)
sesungguhnya azab-Ku pedih”.
(Ibrahim
14: 7)
6. Baginda mengakhiri makan dengan memuji
Allah.
“Barang
siapa memakan makanan dan berkata.” Segala puji bagi Allah yang memberi makanan
ini kepadaku dan memberikanya kepadaku tampa daya dan usaha dariku. maka dosa
masa lalunya diampuni.”
(HR.
Al Tarmizi)
7 Rasullah berdoa sebelum dan sesudah
makan. Perbuatan ini sangat mulia disisi Allah. Amalan doa merupakan amalan
yang sangat mulia. Dengan mengucap doa kepada Allah akan menjadikan kita
manusia sebagai orang yang mengerjakan amal
yang mulia. Jika tergolong dalam amal mulia, maka balasannya bagi diri kita
keberkatan dan pahla dari Allah.
Nabi bersabda maksudnya:
“
Tidak ada sesustu yang lebih mulia bagi Allah melaiankan doa.””
(HR.
Asl Tarmizi)
8.
Mencuci tangan tangan sebelum dan
sesudah makan. Sabda nabi bermaksud:
“Barang
siapa tertidur sedangkan kedua belah tangannya terdapat gajih (lemak), lalu
ketika bangun bagi dia sudah memderita sejenis penyakit, maka hendaklah ia
tidak mencela, kecuali dirinya sendiri”.
9.
Mendahului makan buah-buahan
sebelum makan daging sebgai usaha untuk mengikut apa yang dilakukan oleh para
penghuni syurga.
“
Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang
mereka ingikan.”
(Al-Wagi’ah:20.30)
10. Disunatkan mencuci mulut sebalum dan
selepas makan. perkara ini dimaksudkan mencuci gigi dari sisa-sisa makanan dan
bekteria. Salah satu satu perkara yaang dijaga kebersihannya oleh Islam
ialah mulut iaitu dengan berkumur.
Sabda nabi ertinya:
“
Apabila berwudut, hendaklah kamu berkumur”
(HR
Abu Daud).
“ Berkumurlah kamu setelah minum
susu, kerana didalamnya ia mengandungi lemak
(
HR.Ibnu Majah)
“
Bersiwak itu dapat membersihkan mulut dan sangat disukai oleh Allah”
(HR.
Bukhari, Ibnu Majah, Nasa’i Ahmaf dan ad-Darani)
TATACARA
PEMAKANAN SIHAT RASULLAH SAW..
Dalam aspek
berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan
dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat
manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu
makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat
daripadanya. Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin
dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak
mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebagini
adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi
pada hari ini. Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak
yang rendah. Justeru pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat
bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga
mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping
memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang. Rasullulah SAW tak pernah
sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari.
Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak
mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.
Antara
tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1. Rasulullah
tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad
SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu, dikuatiri
akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana
dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai
ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan
terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh
sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
2.
Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka,
Cuka boleh
merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut
melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
3. Elakkan
meminum susu bersama makan buah.
Contohnya
koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut
yang menyebabkan sebu dan gastrik.
4.
Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab
Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut
misalnya memakan nasi berlaukkan tomyam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di
daratan mengandungi cas ion yang berbeza kalau kita campurkan juga, sistem usus
dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan
membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah
SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat,
Makan buah
sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah
selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila
kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh
dengan serat jadi kita tak akan makan nasi
dalam kuantiti yang banyak.
6. Nabi
Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut
Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: “Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi
segala penyakit kecuali mati”. Pemakanan berasaskan bijian-bijian
sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients.
Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu
meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit
kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah
kanser. Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah
Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu.
Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan
menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”
7. Baginda
SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna
(whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana
ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan
risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum
mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus
karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat
logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.Dalam
riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, “Aku
melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan
tamar di atasnya dan memakannya”. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim,
Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti
gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti)
mereka memakan tamar”.
8. Buah
tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap
sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang
diperlukan untuk kesihatan manusia.Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang
rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar
menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan
penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur
seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk
melengkapkan lagi hidangan tersebut. Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa
Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama
sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air.
Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
9. Nabi SAW
juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan
dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah
pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.”
Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi
antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai
penyakit terutamanya kanser.
10. Di
samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun
(cucumber).
Mentimun kaya
dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga
mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi
silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem
saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun
mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat
merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih
berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
11. Nabi
SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW
mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar
daripada segala penyakit. “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb)
bagi orang yang memikirkan” – (An-Nahl: 68-69).
12. Nabi
SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
Cara Rasulla
SAW dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan
kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal
ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman
dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan. Minum sebaik-baiknya sebelum
makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika
tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan
melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air.
Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan
tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian
wajah dan awek muda.
13. Nabi
Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan
bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW: maksunya. “Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang
hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“ Sebaliknya
manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya
dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).
14. Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam
sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan
jari manis tangan kanan setelah makan.
15. Baca Bismillah
dan berdoa sebelum dan setelah makan.
Cucilah tangan
juga sebelum dan selepas makan. Doa sebelum makan; “Ya Allah
berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih
baik darinya.” Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa
yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza,
wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan
dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)
16. Nabi
SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu
ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan
engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum
dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila
selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan
bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak
hadam). “Dan janganlah ia mengelap
tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana
seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi
berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta
manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia
mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana
sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah
hadits-hadits shahih no. 1404). Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada
makanannya yang mana yang diberkati.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang
dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui
apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang
melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada
suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat
berkat. (Fathul Bari 9/578).
17.
Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan
dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan
keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya
dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
18. Makan
berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan
dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersabda; “Wahai
Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah
berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab:
“Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap
makananmu.”
19.
Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang
meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana
keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah
sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses
penghazaman dan proses metabolisma zat-zat makanan ke saluran bahagian lain
sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki
mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas
bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga. Para penzuhud berpendapat
makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam untuk beribadat.
20. Elakkan
kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping
mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan
iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat
kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”. Dari segi kesihatan pula
adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana
tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah
sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7
malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk
tidur.
21. Berpuasa
selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari
tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila
bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan
selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi
menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka
puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau
manisan dan segelas air terlebih dahulu.
22. Islam
melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta
keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya.
Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta
serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun. Oleh itu, pengambilan
diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah
SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun
dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan
pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi
oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan
penyempurnaan ibadah yang bermutu.
PENUTUP
Pemaknan
menurut prespektif dalam islam dan
merujuk kepada sunnah dalam rangka kehidupaan yang diajar oleh Rasullah
merupakan langkah yang tepat menjadikan diri kita sihat secara fizikal, mental
dan ruhiyah. Rasullah merupakan teladan setiap proses kehidupan yetutama dari
penjagaan kesihatan dan pemakanan kerana perbuatan baginda mempunyai hikmah
yang tersendiri. Kunci kesihatan Rasullah berada ditangan kita. Kesihatan
adalah pilihan kita . Kepandaian kita segi pemilihan pemakanan dan amalan kesihatan
menentukan pelbagai perkara tentang kehidupan kita. Kita kadangkala kerana
kurang pengetahuan dan pendedahan cara yang betul segi amalan pemakanan
terutama mengikut sunnah Rasullah kita tidak peduli amalan buruk yang kita
lakukan.Merujuk kepada sunnah dalam kehidupan dan apa yang dijar oleh Rasullah
merupakan langkah yang terbukti menjadikan diri kita sihat secara fizikal,
mental dan rohani.
Sekiranya kita
menjalani kehidupan menurut hukum-hukum yang diperentahkan oleh Allah SWT makan
terpelihara Sunnah-sunnah Tuhan yang wujud pada diri kita. Pentingkan penjagaan
pemaknan dan kesihatan dalam islam kerana ia berkaitan dengan kualiti kehidupan
dan juga soal menunaikan segala ibadah terhadap Allah SWT. Kesihatan itu modal
hidup yang penting kerana setiap amanah atau kewajipan hanya dapat dilaksanakan
dengan sempurna jika tubuh kita sihat. Kepatuhan kita kepada Allah S.W.T
termasuklah kewajipan manusia memelihara
tubuh ia agar sentiasa sihat keran setiap sesuatu yang dimiliki manusia
itu merupakan amanah belaka . Memelihara tubuh agar sentiasa sihat dengan cara
hidup dan amalan pemakanan mengikut cara prespektif islam merpakan amanah
kerana tubah badan itu adalah amanah Allah SWT.Kesihatan tidak akan tercapai
jika kita tidak mengerti akan Sunnah-sunnah yang berkaitan dengan peraturan dan
ilmu kesihatan.Usaha menjaga kesihatan itu tidak cukup sekadar mengetahui hukum
syarak yang berkatan dengan peraturan kesihatan, kebersihan dan pemakanan, tapi
penetian ilmu biologi, fisiologi,
pemakanan mustahah diketahui. Kefahaman kita tentang ilmu ini
akan dapat menyedarkan kita akan wujudnya hukum sunatullah yang mengatur sistem
tubuh badan kita. Kesihatan manusia dan kesejahteraan amat bergantung kepada
kefahaman kita hukum Sunatullah. Senaman, makanan yang teratur, serta cara
berfikir yang betul adalah kaedah semulajadi mencegah penyakit, Amalah-amalan Sunnah Rasullah , etika makan
mengikut islam, merupakan amalan yang wajip dipatuhan kerana terbukti hikmanya
segi penjagaan kesihatan.
Sebagaimana
firman Allah yang bermaksud:
“
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sadikitpun tetapi manusia itulah
yang menganiaya diri mereka sendiri ”
(Yunus
: 44)
Sabda nabi saw yang berikut bermaksud;
“ Sesunggahnya tubuh kamu memiliki
hak yang harus kamu penuhi
(HR.
Bukhari. Amad dan Nasa’i)
“ Berusaha untuk melakukan perkara yang bermanfaat bagi
kamu”
(HR.
Muslim, Ibnu Majah dan Ahman)
“ Manfatkan kesempatan sihat kamu
untuk (manghadapi) masa sakit kamu”
(HR.
Bukhari)
RUJUKAN
Abdullah al
Farug (2012). Mengapa
Rasullah Tidak Mudah Sakit. Selangor. Kemilau
Publika. Sdn.
Abdullah Al
Qari ( 2007). Mari Berubat Dengan Al
Qauran. Kuala Lumpur. Al Risalah
Product Sdn.Bhd.
Abdul Basit
muhammad Al-Sayyid. (2012). Cara Nabi
s.a.w Berubat Dan mencegah
Penyakit.
Selangor. Berlian
Publication Sdn.Bhd.
Hamzah Raden
Anwar ( 2009). Cara Makan Rasullah (SAW). Makanan Sihat Dan
Berkualiti. Kuala Lumpur. Al- Hidayah
Publication.
Irwan
Shah. (2008) . Panduan menjaga Kesihatan Fizikal dan mental. Selangor.
Darul Iman Sdn.Bhd.
Lukman Hakim.
(2002). Tip penjagaan makanan Dan
Kesihatan.Kuaala Lumpur.
Al- Hidayah Publishers.
Mohd. Hamin
Rajikan ( 2003). Pemakanan Dan Kesihatan. Kuala Lumpur. Dewan.
Bahasa dan Pustaka.
Sam Rahmat (2001).
Amalan Hidup Sihat. Kuala Lumpur.
Percetakan Dewan Bahasa
Pustaka.