PENYAKIT
KARDIOVASKULAR
Penyakit kardiovaskular terdiri daripada hipertensi (
tekanan darah tinggi ) , hiperlipidemia , penyakit jantung koronari dan strok .
Faktor Risiko
- Umur yang meningkat
- Tekanan darah tinggi
- Keturunan
- Berlebihan berat badan atau obes
- Diabetes
- Pengambilan rokok , alkohol , kopi dan dadah
- Stress dan masalah kemurungan
- Penggunaan ubat pencegah kehamilan yang berlebihan
- Aktiviti fizikal
- Tabiat pemakanan
- Aras HDL yang rendah
Rawatan pesakit kardiovaskular adalah bertumpu kepada
perubahan kepada faktor-faktor risiko yang boleh diubah iaitu pemakanan , gaya
hidup dan pengawalan penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi .
HIPERTENSI
·
Hipertensi adalah penyakit kronik memerlukan
rawatan perubatan,diet dan senaman oleh pesakit secara berterusan untuk
megurangkan resiko kompikasi seperti penyekit jantung, kerosukan buah pinggang
dan strok.
·
Tekanan darah pengidap hipertensi meningkat
lebih tingi secara kronik daripada tahap normal iaitu 120/80mg
·
Angka 120 menunjukkan tekanan darah sistolik ke
atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung manakala angka 80 menunjukkan
tekanan distolik senasa jantung berihat antara pengepaman,
·
Mereka yang mencatat 3 bacaan tekanan darah
berturut-turut yang melebihi 140/90mmHg
semasa rehat perlu dan wajib menjalani rawatan.
·
Tekanan darah tinggi berpunca :-
o
Pengambilan garam
o
Makanan berlemak secra berlebihan.
o
Kolesteral tinggi dalam darah
o
Pegambilan kafen
dan alcohol
o
Rokok
o
Kurang bersenam.
HIPERLIPIDEMIA
Hiperlipidemia
merujuk kepada ketidaknormalan aras lipid dalam darah yang diketegorikan tinggi
kolesterol , tinggi trigliserida , tinggi LDL , rendah HDL yang menyumbang
kepada artherosclerosis .
SERANGAN JANTUNG
Terdapat
beberapa simpton jika seseorang itu diserang sakit jantung , antaranya :
·
Rasa tidak selesa pada dada ,
·
Sakit jantung biasanya terasa amat mecengkam dan
menyucuk di bahagian dada terutama di bahagian tengah-tengah dan sebelah kiri
dada ,
·
Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang
menekan ,
·
Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher
seolah-olah ada sesuatu yang mencekik ,
·
Simpton serangan jantung ini berbeza antara
lelaki dan wanita , lazimnya lelaki akan mengalami simpton yang biasa seperti
sakit dada . berbeza pula wanita , mereka akan berasa letih dan tidak dapat
tidur malam . Mereka juga tidak akan berasa sedap badan ,
·
Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja
atau melakukan sesuatu aktiviti , bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang
apabila pesakit berehat ,
·
Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang
menikam pada dada ,
·
Pedih perut seperti ada angina tau menghidap
gastric ,
·
Kepala berpusing ,
·
Badan lemah seperti berpeluh sejuk .
PENYAKIT JANTUNG KORONARI
Ketidakseimbangan
aras lemak dan tekanan darah boleh membawa kepada penyakit jantung koronari
seperti Myocardial Infarction dan Congestive Heart Failure .
STROK
Strok
terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu dan salur darah di otak pecah
meyebabkan darah bergerak memasuki ruang di otak dan menyelaputi sel-sel di
otak . Kerosakan yang berlaku akan member kesan pada deria , pertuturan ,
tingkahlaku , pemikiran , ingatan dan boleh membawa kepada kelumpuhan pada
individu yang berkenaan .
SUMBER
RUJUKAN
·
Mingguan Malaysia 29.04.2012 , Ahad , m.s 15
·
Panduan Diet Untuk Pesakit Kardiovaskular ,
Jabatan Dietetik & Sajian , Hospital Raja Perempuan Zainab II , Kota Bharu