Tuesday 2 August 2011

Ucapan persaraan Foo Ai Peng

UCAPAN KETUA JABATAN PJK  MAJLIS PERSARAAN CIK FOO AI PENG
PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN JASMANI 23HB MEI 2011.

Ybr Tn Hj Hashim Deraman Pengarah IPG KKB
Yanr Dr Mohd. Aziz Mohd,Din Tim pengarah
TnHJ Adnin Awang, Ketua Unit Khidmat pengurusan
En Yusof Yusuf PEK
Rakan pensyarah dan pelajar yang rahmati

Si tompok makan si ikan bilis
Makanan pemberi pak mantari
Majlis bukan sebarang majlis
Ia dinama sempurna bakti.
Itulah yang disuratkan,hakikatnya  diterima
Umpama belayar telah sampai dipelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai ditinasinya
Umpama berjalan telah sampai ke penghujungnya
Hari ini tanggal 21b Januari 2011, hari jadi ke 58 Cik Foo ai peng, Selamat hari jadi saya ucapkan
Pada tanggal 16.Januari 1987, 24 tahun yang lepas, seorang guru muda dengan penuh iltizam melangkah ke dunia guru  dan pada pagi ini,21h b April 2011 dengan semangat yang sama seorang kakitangan IPG kkb berwibawa ia melangkah dengan gahnya ke dunia baru, dunia persaraan

Sebagai ketua jabatan saya cuba ,menjadikan hari yang terbaik bersejarah,hari yang bernostagia, bermakna dalam seribu dalam kenangan kepada yang diraikan.waktu bagitu pantas meninggalkan kita, dalam sedar tak sedar hari ini genap sudah perhidmatan Cik Foo Ai Peng sebagai penjawat awam, pegawai perkhidmatan siswazah, pensyarah kanan dijabatan PJ ,IPG Kampus Kota Baru ,ia akan menamatkan perkidmatan dengan rasminya setelah 32 tahun berkidmat sebagi guru dan 24 tahun sebagai  pensyarah di IPG.
Kita raikan Foo Ai Peng pagi ini, atas komitmen pihak pengurusan Pengarah,Timbalan pengarah, pensyarah rakan-rakan ketua jabatan,ahli majlis M3P dan kelab kebajkan pensyarah dan juga pelajar-pelajar semua.
Terima kasih anak-anak saya semua pelajar major PJ yang berkorban masa dan tenaga membuat persembahan semata-mata tanda penghargaan jasa mereka kepada ci Foo Ai peng.
11 tahun saya bersama Fo di jabatan PJ sebagai rakan pensyarah dan ketua jabatanya,  hari ini tidak ada perasaan marah, terkilan, tidak puas hari, segala-galanya sempurna
kerana ia sebagai pejawat awam yang komited pada tugas, bertanggungjawab, menghormati ketua jabatan, berperwatakan ceria, pantas dalam pemikiran dan tindakan, kata-katanya pada guru pelatih penuh dengan nilai dan nasihat yang baik
Ia seorang yang  high thingking, high doing  walaupun lebih, senior dari KJ .ia tidak pernah mendesak, ia tidak terdesak,tidak pula mengasak,tidak memasang pasak, juga tidak tersentak, atau berada dalam kumpulan mendesak ,atau menangis teresak-esak meminta sesuatu yang belum haknya atau menjadi haknya walaupun disaat-saat akhir perkidmatnya.
Ingat Foo, sebarang masalah, ketidakpuasan tidak akan hilang dengan cara mengambil keburukan orang lain sebagai satu cara penyelesaian masalah.
Kata Paul Eden its not how good you are, but how good you want to be, itulah foo yang kita raikan
Pesan saya pada foo dan rakan yang lain
 sebelum bersara,atau  masa kita masih berkhidmat, adakah kita jadikan diri kita sebagai pensyarah guru hadirnya ditunggu,
yang hilang dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya di seru, tingkahlakunya ditiru
Kita jangan menyesal menjadi guru, jangan kecewa menjadi pensyarah DG 48 kebahagiaan dunia persaraan letak pada kesihatan yang baik
Kerana Yang paling mulia sebagai pensyarah….
Dalam ajar kita ada harapan
Dalam tegur kita ada doa
Dalam marah kita ada sayang
Dalam tawanya ada mesra
Dalam diamnya kita ada kebijaksanaan
Dalam tangan kita terbina guru IPGKKB yang gigih, iltizam, cemerlang

Jika pagi ini foo dapat hadiah pen,tandanya pensyarah pandai mengukir kata
Jika dapat hadiah pemadam. Tandanya pensyarah membetul kesilapan
Jika dapat massage dari pelajar tandanya kita masih dalam ingatan
Jika pengarah hadiahkan gelang emas, tandanya anda menamatkan perkidmatan dengan cemerlang.

Sudah terikat di dalam hati,
Bersara pasti, kesihatan di julangi
Bukan memberi kata dan puji
Majis kenangan dekatkan dihati

Tenangnya bagaikan tasik
Bagai urai dalam peti
Ditutup tidak terusik
Dikantung bertaup rapi

Tuai pada  antara Nampak
Esok jangan layu layuan
Antai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terikat kasih daun keladi
Budi foo jadi kenangan

Pergi kedusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf di pinta
Panjang umur berjumpa lagi.

Puan umpama permata dijabatan
Walaupun tenggelam dilautan berselut
Tetap bersinar,walau bekas ditinggalkan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment