Tuesday, 2 August 2011

BAGAIMANA KEPIMPINAN YANG BERKESAN BOLEH MENINGKATKAN HUBUNGAN BAIK DIKALANGAN PENSYARAH PENDIDIKAN JASMANI DI IPG KAMPUS KOTA BHARU


MOHD.YAZID DERAMAN
KETUA JABATAN
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
mydyazid@gmail,com
2009
                                                                                                           

Pendahuluan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa perhubungan kakitangan dalam sesebuah organisasi sangat penting. Ramai ahli pengurusan membuat kajian dalam persoalan ini. Dalam kontek organisasi dibawah pentadibran mana-mana pemimopin, kakitangan dalam organisai tersebut terpaksa berhubung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat otganisasi. Dengan kata lain sebagai pegawai kerajaan diamanahkan sebagai ketua jabatan diperingkat mana sekalipun akan membuat keputusan yang bergantung rapat dengan perhubungannya dengan kakitangan dibawahnya. Jika saya sebagai ketua jabatan gagal membuat perhubungan yang baik atau gagal memahami hubungan dalam kontek organisasi, maka segala keputusan dan perancangan dibuat akan menghadapi masalah dan melambatkan lagi pencapian Misi , Visi  dan objektif jabatan

Alaudin Sidal(2004). Dalam melaksanakan pekerjaan atau sebarang tugas dengan cekap dan berkesan akan berlaku hubungan manusia, pembelingan peralatan, aktiviti, perjalanan sisitem dan sebagainya. Kesemua ini adalah saling memerlukan sebagai syarat organisasi berfungsi dengan berkesan. Aspek yang paling utama atau Critical success factor dalam sebarang pekerjaan ialah aspek kemanusian dan perhubungan manusia pekerjanya. Pekerjaan lebih bermakna jika dilakukan oleh manusia pekerja yang memiliki emosi,perilaku, motivasi dan perhubungan ynag murni. Kesemua nilai dan norma ini yang membentuk amalan

dan budaya, akan memandu organisasi kearah kejayaan dan meningkatkan mutu kerja,

Ketua jabatan yang sentiasa memberi perhatian akan perhubungan kemanusaan, mampu melahirkan suasana yang menyenangkan bagi membolehkan pekerja berkerja lebih semangat. Manusia selalunya lebih suka berkerja dibawah kedtua yang mengambil berat terhadap cita-cita, cadangan, kebimbingan dan kekecewaan mereka. Sesuatu pekerjaan hanya dapat dikerjakan dengab lancar, memuaskan dan sempurna jika wujud hubungan baik’ antara manusia. Jika hubungan baik terjalin antara semua pihak, pekerjaan menjadi cara hidup yang seronok dan organisasi kerja menjadi tempat yang mengembirakan. Pihak pengurusan atau Ketua jabatan perlu memberi keutamaan, perhatian kepada pekerjanya. Hubungan ketua jabatan dan pekerja yang baik dalam organisasi menjadikan pekerjaan itu sesuatu yang menyeronokkan, kerana apek paling utama dalam sesuatu pekerjaan ialah manusia dan hubungan kemanusian  berbanding factor-faktor lain.

Organisasi yang  maju dan berkesan perlu mengerakkan segala bentuk hubungan manusia dan kemanusiaan di dalamnya. Jika pekerja mempunyai dorongan yang tinggi, berkerjasama dengan baik, berintraksi dengan lancar, melaksana strategi dengan cemerlang dan memberi output maksimum maka matlamat organisasi akan dapat dicapai

               Dorongan
              Kerjasama                  Strategi                 Output                     Matlamat                       Komunikasi
                        Rajah 1; Hubungan manusia dalam organisasi kerja

Perhubungan yang baik, kerjasama yang tinggi diwujudkan oleh ketua jabatan menyebabkan pekerja akan bersemangat dan bersungguh melaksanakan pekerjaan mereka. Menerusi dorongan yang kuat, manusia boleh memberi komitmen yang luar biasa bagi melaksanakan strategi yang dirancang oleh organisasi. Organisasi memerlukan hubungan kemanusiaan yang baik untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan tanggungjawab dengan berkesan.

Dalam meningkat hubungan baik antara ketua jabatan dan kakitangan  konsep pemimpinan dan kepimpinan sangat penting. Ketua jabatan sebagai pemimpin atau peneraju utama dalam organisasi merupakan orang yang akan menentukan halatuju hendak dicapai oleh organisasi dalam apa jua aktiviti yang akan dilakukan.  Menurut Hollander (1978). Pemimpin sebagai  
Satu proses mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Walapun
Pemimpin menpunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung
Kepada pemujukan (persuasion) daripada paksaan. Proses kelimpinan
Selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan
Tujuan utamannya untuk memcapai matlamat bersama.Jadi kepimpinan
Bukan hanya bertanggungjawab pemimpin,tetapi memerlukan usaha
Kerjasama daripada pengikut-pengukutnya.
Manakala Koontz dan Wiehrich menjelaskan kepimpinan  sebagai.
            Satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka akan
            berjuang atau melakukan sesuatu dengan rela hati atau penuh
            semangat kea rah pencapian matlamat kumpulan.
Terbukti disini kepimpinan atau ketua jabatan yang berkesan dilihat melalui kerjasama, sokongan pekarja bawahnya, penglibatan akhinya dalam sesebuah organisasi. Seorang ketua jabatan untuk memastikan kelancaran organisasinya, akan mengambil tindakan yang sesuai bagi mewujudkan suasana sesuai meningkatkan mutu kerja dan tahap pencapian organisasinya.

Selama  sebagai Ketua jabatan Jabatan Pendidikann Jasmani & ,di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu kejayaan jabatan ini bergantung kepada Kepimpinan dan hubungan yang baik antara Ketua jabatan dan kakitanganya.  Dalam meningkatkan mutu kerja dalam jabatan ini. 4 orang dari 11orang kakitangan jabatan kini telah mendapat perkhidmatan cemerlang, 2 orang daripada (Ketua jabatan) telah mendapat dua kali perkhidmatan cemerlang oleh KPM. Sumbangan kejayaan jabatan dan sumbangan kejayaan pada organisasi banyak bergantung kepada  kepakaran , komitmen tinggi pada kerja serta  berkerja berpasukan yang selalu  diamalkan selaras dengan moto jabatan 2009, ‘One Team, One Vesion,One Future,The Way Fowardf.’ .Jabatan ini selalu mengamalkan lima panduan menjadi bos yang hebat dan dihormati seperi disarankan oleh Ahmad Zaki (2009) dalam berita haruian Mei 2009 iaitu tidak memetingkan jurang antara ketua jabatan dengan kakitangan, selalu bersama dengan  kakitangan dalam apa kerja dilakukan. Penghargaan diberikan dalam meningkatnkan motivasi serta kesetiaan organisasi dalam bentuk ganjaran, penghargaan secara lisa atau kebendaan . Kami menganggap kakitangan sebagai rakan kerja, sahabat atau sebahagian dari kelurga serta memberi hak, sentiasa bersama dalam melakukan kerja. Tidak lupa memberi pengiktirafan atau hak sebagai anggota dalam jabatan dalam semua keputusan, pembahagian tugas,kemudahan kebebasan bersuara. Amalan makan bersama, ziarah, meraikan kejayaan, berkerja berpasukan, saing membantu dalam penyelesaian tugas dan sentiasa memberi peluang yang adil pada kakitangan dalam peningkatan kopentensi kerja dari masa ke semasa. Rahsia kejayaan jabatan ini banyak bergantung sikap terbukaan, tolenransi, semangat kekitaan ,kerjasama yang jitu, kepakaran pensyarah dalam semua bidang dan sikap bertolak ansur, teloren dalam tanggungjawab diberikan . Pemantuan sasaran kerja serta membnatu menyelesaikan masalah secara kolektif, mempercepatkan lagi pencapaian Visi , misi dan objektif jabatan.

Berkerja satu satu pasukan pasukan
Saya membuat banyak analisis organisasi yang berjaya atau sekolah yang cemerlang mememnangi beberaga angugarah kementerian kerana kepi9mpinan berjaya mewujudkan suasana berkerja secacara berpasukan..Dalam organisasi saya aspek paling utama atau critical success factor dalam pekerjaan ialah espek kemanusiaan dan hubungan kakitangan. Bagi mencapai misi,visi dan objektif jabatan saya, amalan berkerja dalam pasukan diamalkan dalam kepimpinan di jabatan kerana saya percaya sesuatu organisasi biasanya dibentuk mencapai sesuatu matlamat hanya boleh berjaya menerusi tindakan kolektif kakitangan, maka hubungan antara individu dan kumpulan tersangat perlu. Saya banyak menurunkan kuasa kepada pensyarah untuk membuat keputusan baik berkaitan degan aktiviti pelajar, jabatan dan juga berhubungan pengajaran dan pembelajaran. Dalam P & P beberapa orang pensyarah terlibat dengan kuliah yang sama pendekatan kerja secara keloboratifi dan kolektif di amalkan demi untuk membentuk semangat kekitaan dalam organisasi. Banyak keputusan dibuat atas cara pemaufakatan kumpulan pensyarah dan dirujuk kepada ketua jabatan untuk pemantauan, pengesahan  dan pelaksanaanya. Menurut Sthen R.Covey (1989) Tingkahlaku manusia dapat dilihat dari dua sudut iaitu kebebasan dan kebergantungan. Kebenasan  ialahh paridigima individu yang bersifat saya boleh memiliki, berdikiri, mampu melakukan dan saya bertanggungjawab kepada organisasi. Kesan dari ini akli jabatan saya sentiasa ringan tulang yuntuk berkerjasama, berupaya mengabungkan bakat dan kebolehan dalam kerja kumpulan serta mereka boleh mencipta kejayaan lebih hebat.

Jabatan saya mengamalkan perhubungan baik berteraskan demensi Feminity (Hosftede 1983) yang menerapkan budaya kerja secara yang gemar memelihara kerjasama, menjalin kemesraan, menaruh perihatin dan mengekalkan keharmonian. Saya dapat wujukkan iklim organisasi yang kondusif untuk berkerja dan semangat kekitaan pensyarah pada jabatan tinggi serta mereka perihati pada tugasan diberi dan yang lebih penting kerjasam yang jitu dapat diterapkan dilakangan kakaitangan. Katua jabatan tridak menimbulkan konflek, ketangan, kebimbangan dan ‘stress’ yang melampau dalam pemberian tugas dan tempoh menyiap atau melaksana. Bimbingan saya bersama kakitangan menjamin berkerja  dengan suasana yang mesra dan seronok berkerja sampai lewat petang.

Saya mengamalkan kakitangan saya sebagai rakan baik dan sebahagian anggota dalam keluarga. Kakitangan saya ada memanggil saya dengan pelbagai gelaran, yang mesra kerana mereka merasakan tiada jurang antara pemimpin dengah kekitangan demi mewujukkan kemesraan dalam organisasi. Tiori Z oleh Wilian Ouchi (1981) Pendekatan pengurusan berdasarkan pemaufakatan dan kolobratif penting dalam membauat keputusan dan melaksanakan kerja.  Berdasarkan Tiori Z, organisasi Z dan konsep “kaizen”, saya percaya sebagai ketua jabatanm, amalan  saling mempercayaai antara ketua jabatan dan kakitangan banyak membawa kejayaan kepada jabatan kami. Pensyarah jabatan PJK dilibatkan dalam proses penyelesaian masalah serta membantu pengurusan dan pentadbiran jabatan. Hubungan baik yang saya terapkan sebagai anggota keluarga banyak menyelesaikan masalah pentadbiran, hubungan harmoni antara pengurusan dan kakitangan ditingkatakan . Kakitangan merasakan organisasi ini sebagai keluarga mereka dan organisasi pula menanggapkan kakitangan sebagai asset  terpenting. Hubungan yang baik sebagini boleh meningkatan keberkesan organisasi kami dan mutu kerja mereka

Faktor utama  kejayaan jabatan kami  mengamalkan budaya musyarah dalam pekerjaan berlandaskan konsep “syura”. Dimana segala mesyuarat jabatan, unit, perbincangan atau bertukar pandangan di praktik dengan konsep ini selaras dengan smalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamamad S,A.W. dan Khulafa Al-Rashid mengamalkan pemufahatan dalam membuat keputusan.  Banyak aktiviti jabatan saya,proses penyelesaian masalah pelajar, arahan tugas atau kerja institute dan  kementerian  dibuat atau diamalkan secara perbincangan, bertukar idea dan perkongsian keputusan. Saya banyak menggunakan pensyarah yang mahir dan pengalaman ini sebagai rujukan kepakaran dalam memyelesaikan masalah dijabatan. Banyak perkara yang perlu diambil tindakan segera dapat diselesaikan dengan tampa cacat dan organisasi kami tidak menimbulkan masalah birokrasi dalam menjalaknan tugas seharian.

Saya banyak mewujudkan hubungan baik dengan kakitangan, disamping itu kakitangan berusaha mewujudkan hubungan baik dengan ketua jabatan. Semangat berkerja berpasukan atau berkerja dalam pasukan yang diamalkan dijabatan kami selaras dengan haraki keperluan Maslow (1908-1970) .Sebagai ketua jabatan pihak kami sedar kakitangan kami sangat memerlukan kerjasama dan rasa kepunyaan. Merekan memerlukan kemesraan, sokongan moral dan orang yang memahami serta sedia membantu. Menjagi tugas dan tanggungjawab kami peka kepada masalah kakitangan dan setiasa memberi dorongan supaya lebih produktif lagi. Merujuk kepada teori Dauglas MCGregor (1906-1964) penilian pada pekerja saya berada dalam teori Y dimana mereka menyukai pekerjaannya, sanggup berkorban dan meklaksanakan tugas, pekerja yang berdisiplinb dan bertanggungjawab dan berkebolehan menyelesaikan tugas bagai mencapai matlamat organiasasi.

Wujud motiviti tinggi pada kakitangan.
Motivasi dianggap sebagi penggerak dalam diri manusia yang akan menolak ke arah sesuatu tindakan. Sesungguhnya, motivasi, potensi untuk berkembang dan kemampuan untuk menerima tanggungjawab adalah cirri-ciri yang memang wujud dalam manusia. Pengalaman sebagai ketua jabatan, saya membuat analisis,untuk meningkat mutu kerja kakitangan, saya perlu mengatur tindakan . untuk mewujudkan satu satu keadaan pekerja yang sanggup berkerja keras dan memberi kerjasama pada jabatan atau dengan ringkasnya memberi motivasi terhadap orang bawahan ke arah pencapaian matlamat bersama ada pengukur utama kejayaan seorang ketua jabatn dalam sesuatu organisasi. Dari pembacaan tiori pengurusan ,pemerhatin dam pemikiran saya ,ketua yang berjaya atau organisasi  berjaya kerana mengamalkan perhubungan yang baik melalui kaedah memberi dorongan,menggiatkan, dan menggerakkan pada kakitangan melaksanakan kerja  dan mencapai cit-cita organisasi yang  harapkan.
Saya membuat anlisa keperluan kakitanganh saya dijabatan, untuk saya berjaya meningkatkan mkutu kerja kakitangan dijabatan saya saya mentadbir berdasarkasn kepercayaan 5 prinsip motivasi yang misti dipenuhi , Sesorang berusaha mencapai taraf hidup yang baik segi gaji, bonus, elauan kerja, feadah-fedah dalam perkhidmatan , cuti, kebajikan kitangan dan tiada sekatan bertugas diluar.,.Kakitangan didorong berkerja sebab hendak memenuhi keperluan peribadi, kakitangan kita merasakan diperlukan diiktiraf dan diterima, bila kakitangan  mencintai dirinya, kelurganya dan majikknya timbulah semangat apa saja yang dibuat dan kakitangan akan merasa puas, gembira dan akan menggunakan segala potensi untuk mencapai sasaran pekerjaanya. Lima kunci ini saya rasa penting  dan saya analkan pada kakitangan sebagai kunci dorongan menjadi pekerja yang dinamik dan bermakna. dan boleh meningkatkan mutu kerja dijabatan.

Saya perhatikan, selaian ganjaran ekstrisik, kakitangan saya memerlukan ganjaran intrinsic. Saya perhatikan jika kkakaitangan saya kerja sebagai pencapaian diri sendiri maka ia adalah pekerja yang ada potendsi untuk dibanbvgunkan. Pekerja yang berussaha mencapai kesempurnaan dari kebolehan dan kemahirannya, apa yang saya lakukan sebagai ketua jabatan memebri segara maklumbalas prestasi keupayaan kerja mereka. Jia kbolehan mereka di sokong di sokong olehb saya ia merasakan kebolehanya digunakan, dihargai maka ia merasakan satu kesempurnaan dari prestasi kerja medreka. Saya berpegang pada teori uandand-undang timbales, the low of increasing return (Maznah Hamid – Motivasi memburu kejayaan -1994) jika kita ingin membuat kejayaan dalam kejaya kita kita haruslah menanam tabiat membuat kerja lebih dari dibayar. Akhirnya kita akan dibayar apa yang kita kerjakan. Rakan-rakan saya yang berjaya dalam organisasi  kebanyakkan mengamalkan berkerja lebih dari gaji yang mereka bayar. Saya berikan motivasi dan menggalakkan kakitangan saya berkeja dengan tekun dan mengamalkan sikap suka berkerja walaupan lebih dari 8 jam sehari bertugas. Mereka misti ada unsur cintakan kerja yang mereka lakukan kerana dengan perasaan minat, suka cinta pekerjaan mereka tentunya menunjukkan sikap berkerja dengan cemerlang, cekap, berkulaiti pantas di samping menyelahkan segala bakat dan potensi diri Saya tanamkan sikap, in love with what we are doing, dengan perasaan minat, kepuasan berkerja, kaitangan saya dapat menunjukkan kerja yang cemerlang, cekap dan berkualiti, pantas. Mengikut the low of work. Semakin tinggi tahap keseronokan kita berkerja semakin tinggi ganjaran yang kita dapat. Keseronokan, kegembiraan adalah mental habit, jika kita pering,positif di manna-manapun, kerja dimanapun kota akan seronok dan keseronokan ini memberi motivasi dan membawa kejayaan pada kakitangan dan organisasi.

Ahli psikologi Herzberg mencipta teori iaitu  terdapat satu kontinum beberapa factor dapat diterima individu, jika factor-faktor ini tidak memberi motivasi ia akan menjadi unsure negative terhadap motivasi mereka, factor te5rsebut dinamakan pemusnak kepuasan (Disssatisfiers). .Hygiene Theory Herzberg, mencadangkan suasana organisasi yang lemban,tiada motivasi, kemudahan kerja tidak lengkap,amalan-amalan pentadbiran  yang membebankan perlu dielakkan jika mahu meningkat mutu kerja kakitangan kita. Berdasarkan foakto dan teori ini saya banyak membuat refleksi pengurusan kakitangan saya dan beberapa pendekatan saya amalkan dan berjaya meningatkan moral dan budaya kerja kakitangan saya. Saya cuba elakkan perkara berikut dalam pentadbiran saya untuk menjalian perhubungan baik dan tingkatkan motivasi kakitangagh
·         Tidak merendahkan imej kakitangan bawahan, cara menegur secara berhemah, jika ada kesalahan  melanggar peraturan atau kerja yang tidak ikut piawai, saya banyak membantu.membimbing untuk menyelesaikan masalah.dasn tingkatkan ini siatifnya. Dan pemantuan berterusahan hingga hasil kerja di perolehi.
·         Elekkan mengkritik kakitang saya dikelayak ramai. Sya tidak jadikan ntrekanan kerja dalam organisasi menjadikan kikitangan saya mangsanya, tapi apa dilakukan cuba menyelesaikan tekanan dan melakukan kerja bersama. Kwesilapan yang kecik saya tidakan jadikan isu prestasi mereka. ,tapi belajar dari kegagalan.
·         Saya sentiasa bersama kakitangan dalam apa jua kerja, urusan dan proses menyelesaikan satu-satu tugas berat. Saya memberi perhatian ,mengambil berat,sentiasa bertanya hasil kerja mereka
·         Saya cuba elakan kakitangan saya mempunyai tanggapan saya ada kepentingan dalam pentadbiran. Untuk ini saya sentiasa bersama mereka menyelesaikan masalah walaupunn tugas tersebut tugas jabatan bukan tugas individu.
·         Tidak mengamalkan pilih kasih dlam pengurusan.Saya melihat kakitangan saya semua setaraf dan tidak memberi keutamaan anatara pensyarah lama dan baru. Semua kakaitan diberi peluang yang sama dab hak yang sama di jabatan.
·         Saya banyak membantu kakitangan memaju dan meningkat diri mereka. Tugas-taugas baru dan arahan melaksanakan tugas diberikan semata untuk kitangan saya mendaopat pendedahan, pengalaman, dan kemahiran. Pelbagai aktciti jabatan dirancangan dan penglkibat kakitangan san sumbangan kepakaran mereka akan merperkayakan lagi nilai diri mereka. Peluang kursus, seminar, mesyuarat penting diberikan pada kakatngan sama rata supaya semu merka mendaopat pendedahan dan kepakaran semua bidang.
·         Saya menilai kakitangan bedasarkan standaat dan sasarak kerja yang ditetapkan, tapi untuk memberi motivasi dan jalinan kerjasama , saya mengubahsuai stardard, ruang kelonggaran, keupayaan mengikut sasaran kerasja dalam prestasi masing-masing.
·         Cuba elakkan projudis, salanhsanga dan niak buruk opada kakitangan kerana ini akan melebahkan hububgan ketua jabatan dann orang bawahan. Saya akan menegur atau bertanya dan mendapat maklumat dari rakknaya sebalun keputusan sdaya lakukkan, supaya segala teguran tidak berasas tidak melemahkan semangat kakitangan saya untuk berkerja.
·         Saya membina kenyakinan sebagai ketua jabatan dan membina kenyakainan kepada kakitangan saya. Saya yakin dengan kepakaran dan kepohanan kaitangan dan meberi sepenuh kepercayaan pada mereka. Saya sentiuasa menyampaikan perubahan-perubahan terkini sebagai bukti ketua jabatan sentiasa mendekati mereka


]








                       

No comments:

Post a Comment

Post a Comment