Sunday 12 August 2012


PANDUAN MENGENDALIKAN MESYUARAT JAWATANKUASA
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PJM 3112

Mohd.Yazid Bin Deraman
Jabatan pendidikan Jasmani & Kesihatan
mydyazid@g.mail.com


MESYUARAT PERTAMA
  •  Sekurangnya satu bulan sebelum pelaksanaan aktiviti atau program
  • Mengesahkan perlantikan jawatankuasa  
  •  Taklimat bidang tugas jawatankuasa
  • Menetapkan tarikh,jadual atuar cara atau program dilaksanakan 
  • Membuat perancangan tugas ahlijawatankuasa kecil
  • Panduan anggaran perbelanjaan setiap bahagian dan induk dan dilapur dalam mesyuarat ke dua.
  •  Menetapkan tarikh mesyuarat ke dua dan mesyuarat jawatankuasa kecil
  • Menetapan agenda mesyuarat ke dua atau pelaporan yang dikehendaki untuk dibentang.

MESYUARAT KEDUA

  •  Satu minggu atau dua minggu dari mesyuarat pertama
  •  Pastikan ada wakil pihak pengurusan/pensyarah.
  • Sebelum mesyaurat ke dua Pengerusi jawatankuasa kecil misti mesyuarat.
  •  Laporan pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil
  • Laporan perbelanjaan setiap bahagian.
  • Memberi peluang penyemakan dan pemyelarasan setia ajk.
  •   Menyemak rangka jadual atau tetatif program dan dipersetujuan pada dasar.
Setelah mesyuarat kedua setiausaha akan menjalankan tugas penyelarasan
 
                                          i.    Menyiapkan semua urusan surat menyurat
                                        ii.    Menyiapkan semua prosidur perancangan atau peraturan
                                       iii.    Memanatau urusan tugas setiausaha pengerusi jawatankuasa kercil
                                       iv.    Bertindak dan bertugas sebagai urusetia jawatankuasa Induk .

MESYUARAT KE TIGA

  • Satu atau dua hari sebelum program dilaksanakan.
  • Mesyaurat bersama pensyarah terlibat dan pensyarah ketua program
  •  Penerangan tentang program akan dilaksanakan
  • Memberi peluang penyelarasa terakir
  • Keputusan adalah muktamat, sebarang masalah rujuk JK induk atau urusetia untuk di selesai dan diselaraskan.
  •    Format dan isi buku program
  • Pembelian alatan dan kemudahan.(perbelanjaan sebelum program)
 
MESYUARAT KE EMPAT.

  • Dua atau tiga hari selepas program
  • Selesai program,post mortem atau mesyuarat penutup
  • JK Induk dan jk kecil membuat laporan lengkap post mortem
  • Menutup semua fail dan diserakan JK Induk
  •  Menutup  keewangan
  •  Menyiapkan atau merumus secara keseluruhan perjalanan program
  • Menyiapkan laporan lengkap setiap bahagian dan mengedarnya
  • Menyaipkan surat ucapan terima kasih.

TINDAKAN YANG PENTING DALAM MENGELOLAKAN SESUATU PROGRAM
  • Kertas kerja atau kertas cadanngan
  • Senarai ahli jawatankuasa
  • Surat panggilan mesyuarat/agenda
  • Minit mesyuarat
  • Surat perlantikan/senarai tugas ahli jawatankuasa
  •  Senarai semak
  • Mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa kecil
  • Format buku program.
  •   Format untuk publisiti dan perasmian
  • Jadual kerja jawatankuasa
  • Urusan borong dan surat menyuarat
  • Format dan anggaran perbelanjaan 
  • Kad jemputan
  • Surat penghargaan dan Terima kasih
  • Sijil-sijil
  • Buku/fail pelaporan atau keputusan
  • Buku /fail Post mortem
  • Senarai-senarai hadiah dan cebnderahati/bentuknya.

Saturday 11 August 2012


‘SALES PERSONS’

Mohd.Yazid Deraman. SMK
Pensyarah Cemerlang PJK.IPG.KKB

Jika kita bercia-cita tinggi untuk melangkau kejayaan dalam apa jua profesion, profesion yang paling tinggi bayaran ialah ‘sales persons’. Dalam dunia moden ini yang penuh dengan perlumbaan, everyting is selling’, you can sell anything to anaybody if you know how to self yourself well’’. Untuk ke hadapan dalam merangka kejayaan, kita perlu mencari kaedah, teknik dan tektik untuk menjual diri, yakni market diri kita. Dengan lain perkataan, bagaimana kita boleh menjual diri dengan cara paling berkesan. Menjual diri bermakna kita menjadikan diri kita sebagai model atau model kita. . Jika kita menjual sesuatu pertama kita misti pastikan bahawa kita berupaya menjual diri kita sepenuhnya, dari aspek intelektual, emosional dan fizikal dan yang paling penting mempunyai personality yang berpangaruh yang boleh menarik orang kepada kita yang kita panggil ‘ magnetic personality’

Jika kita menjadi penjual kereta Proton, jangan sekali-kali kita memandu kereta Toyota atau Datsun. Kita misti memandu kereta Proton terbaru sekali dalam kategori yang termoden, kerana ia mengambarkan imej kita sebagai penjual kereta Proton.Jika kita menjual pakaian, pastikan kita menjual baju yang cantik dan berkualiti jahitan. Kerana orang akan meniliti mutu dan kualiti pakaian tersebut berdasar apa yang dilihat dari si penjualnya. Jika kita hendak ‘menjual diri’ kita misti memastikan yang kita benar-benar tahu akan kelebihan produk ataupun servis yang akan kita berikan kepada orang lain. Kita sendiri mesti terpengaruh dengan idea-idea untuk menjadikan  orang lain menyedari akan feadah-feadah dan kelebihan ataupun perkidmatan yang bakal kita jual.

Cuba kita lihat, kepintaran, kepetahan dan daya penarik yang ditunjukkan jurujual pewangi yang ingin memperkenalkan minyak wangi jenama terbaharu di pasaran. Gayanya dengan wajah yang manis dan berseri-seri mereka memengang tangan kita dan menyembur minyak wangi sambil beriya-iya benar menerangkan mengenai haruman tersebut. Apa yang mengkagumkan kebolehan mereka memujuk si pembeli dengan pelbagai cara dan gaya hingga si pembeli kebingungan dan hati menjadi lembut, menyebabkan si pembeli tiada pilihan lain  untuk mengelakkan dari membelinya. Pengajaran dari ini kita sebenarnya terbeli personalitinya. Bagitulah betapa pentingnya personaliti yang menarik dan bermagnetik daripada seorang penjual

Sebenarnya kita semua adalah ‘sales person’ .Dalam kehidupan seharian sememangnya kita tidak boleh lari terhadap sesuatu idea atau cita-cita. Sekiranya kita gagal menyakinkan orang lain untuk membali idea kita bermakna kita tidak bijak menjual diri kita. Menjual diri sebenarnya sebahagian besar bergantung ke atas sikap kita terhadap orang lain. Sikap orang lain terhadap diri kita bergantung sepenuhnya sikap kita teradap diri kita sendiri. Jika kita kurang yakin terhadap sesuatu barangan yang hendak kita jual kita sendiri tidak yakin kepada diri kita maka amat sukarlah kita menyakinkan orang lain.

Sebenarnya jual beli merupakan profesion yang paling tinggi nilainya dalam jualan, tatapi ia akan menjadi nilai paling rendah dengan penuh  kehampaan jika kita gagal menjual diri kita sepenuhnya kepada orang lain.Setiap penjual misti menjadikan prinsip mereka jika menjual sesuatu atau mereka memberi ‘favour’ atau kebaikan kepada pembeli dan bukan sebaliknya. Kebayakan orang kita takut membuka mulut untuk menjual kerana takut orang membeli itu membuat ‘favour. kepada dirinya. Kita kena ubah sikap dan pemikiran kita terhadap konsep jual beli  jika kita ingin menjadi ‘sales person’ yang berjaya.

Penjual yang bijak ingin mengetahui apa yang dikehendaki oleh pelanggang kamudian menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mendapatnya, jadi itulah sebenarnya kita memberi ‘favour atau kebaikan kepada orang lain. Dalam organisasi amalan ini boleh dilaksanakan terutama pensyarah IPGKKB sebagai pendidik guru. dan guru pelatih sebagai bakal guru. Pendidikan di IPG misti menjelmakan ‘sales person’ sebagai watak seorang guru jika kita mahu masyarakat  pengiktirafan IPG penaraju Pendidikan Guru yang unggul. Jika mahu mencari guru yang terbaik di IPG tempatnya bukan mana-mana intitusi pendidikan lain.

Sumber
Maznah Motivation Centre.K.L(1994); Motivasi Memburu Kejayaan: Maznah Hamid


AIR ANUGERAH YANG BERHARGA
(Mohd.Yazid Deraman)
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.IPG.KKB.

Kepentingan air untuk kediupan manusia sesuatu yang tidak dapat dinafikan kebenarannya. Air selain dari oksigen merupakan yang paling penting diperlukan oleh manusia sepanjang hayat. Air sesuatu yang paling mudah dan murah boleh kita dapati, dan semua yang hidup dan bernyawa memerlukan air dalam kehidupan mereka. Dari tumbuhan di padang pasir, binatang, manusia hingga ke bakteria yang paling kecil sekalipun memerlukan air untuk hidup. Tetapi manusia adalah pengguna air yang paling banyak, baik untuk kegunaan aktiviti kehidupan harian mahupun untuk kegunaan aktiviti perdagangan. 

Kajian dilakukan di Hong Kong 50 peratus yang di tinjau meminum air sebayak lapan gelas sehari, yang lain akan minum bila dahaga. air membentuk 55-57 peratus daripada berat badan kita mempunyaui peranan penting setiap fungsi anggota badan kita. Tampa makanan manusia boleh hidup 8 minggu tapi tampa air manusia boleh mata dalam tiga hari. Amalan mengamalkan minum air cukup menghindarnya berlaku pendehidratan dan mengekalkan amalan membuang air  secara normal setiap hari.Jumlah air yang hilang setiap orang berbeza, ia bergantung kepada suasana persekitaran, tahap kegiatan dan saiz badan.  Dalam kegiatan biasa kita mengeluarkan kira-kira 500 – 600ml peluh setiap hari.Input air dalam badan misti sama dengan out put air. Air menyelaras suhu badan disamping membawa nutren dan oksigen ke sel . Air  turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Orang dewasa memerlukan antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan kanak-kanak berantung kepada umur, berat dan aktivti. Jumlah kehilangan air akan meningkat jika kita banyak menghabiskan masa diluar rumah dalam cuaca yang panas  atau berada dalam bilik berhawa dingin.

    Dalam penulisan ini saya akan memberi panduan amalan minum air untuk kesihatan. salah Satu rawatan yang popular maasyarakat Jepun meminum air kosong  . Apa yang perlu kita lakukan ialah minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi. Ada yang mengatakan ujian saintifik telah membuktikan keberkesanan rawatan ini. Samada untuk penyakit yang telah sedia diketahui umum, penyakit yang serius dan juga penyakit zaman moden yang baru diketahui. Semua penyakit-penyakit ini dikatakan telah berjaya dipulihkan dengan mengunakan cara rawatan ini. Dikatakan rawatan ini boleh menyembuhkan atau mengurangkan berbagai penyakit seperti sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, sakit sendi, denyut jantung yang laju, sawan, lemak berlebihan, paru-paru berair, lelah, TB, meningitis, penyakit buah pinggang and kencing kotor, muntah and ceret beret, gastrik, buasir, kencing manis, sembelit, sakit mata, kanser, haid tidak teratur serta penyakit mulut, hidung and telinga.

    Kaedah rawatan ini dimulakan dengan meminum air di waktu pagi sebaik sahaja kita bangun dari tidur tetapi sebelum kita menggosok gigi. Kita perlu minum air sebanyak empat gelas air iaitu lebih kurang sebanyak 640ml. Selepas itu kita boleh menggosok gigi atau berkumur tetapi tidak mengambil sebarang makanan selama empat puluh lima minit. Kita juga dinasihatkan tidak meminum sebarang jenis minuman selama lebih kurang lima belas minit hingga ke dua jam selepas mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Kepada gologan yang telah berusia dan yang sakit, dan tidak mampu untuk meminum air sebanyak empat gelas pada satu masa, bolehlah mencuba dengan meminum satu gelas pada peringkat permulaan dan ditambah dari semasa ke samasa sehingga menjadi empat gelas pada setiap pagi.   

    Kaedah rawatan ini telah menunjukan kesan positif keatas beberapa penyakit, seperti contohnya penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis dapat di kurangkan atau di kawal dalam masa tiga puluh hari. Untuk penyakit gastrik dan sembelit pula mengambil masa sepuluh hari manakala bagi penyakit TB pula ialah sembilan puluh hari dan seratus lapan puluh hari pula bagi penyakit kanser. Rawatan ini tidak memberi sebarang kesan sampingan, walau bagaimana pun dengan penggunaan kaedah rawatan ini membuatkan pengamalnya akan kerap merasa untuk pergi ketandas untuk membuang air kecil. Pada sesiapa yang berminat sila mula mencuba rawatan ini dan adalah lebih baik jika ia dijadikan amalan kehidupan hairan kita. Kerana telah diketahui bahawa tubuh kita adalah lebih kurang tujuh puluh peratus dalam bentuk cairan. Sihatkan bandan kita supaya kita dapat menikmati kehidupan yang aktif dan  bahagia.

Source: 
http:// panduanpercuma.info/tahukah/2914/kepentingan air untuk kesihatan manusia.

Wednesday 8 August 2012


MENGUKUR BUDAYA ORGANISASI DI IPG.KKB.
Mohd.Yazid Deraman
Pensyarah Cemerlang PJ.IPGKKB.

Budaya organisasi yang wujud merupakan factor yang penting dalam menentukan kejayaan dan wawasan IPG.KKB. Sebelum mewarwar wawasan strategik pihak pengurusan perlu meneliti dan mengkaji budaya yang sedia wujud dan diamalkan oleh ahli. Beberapa persoalan ini boleh membantu dalam menganalisis apakah budaya yang budaya diamalkan di IPGKKB.
  1. Adakah semua warga IPKB mempunyuai semangat kerja berpasukan yang tinggi?
  2.  Adakah warga organisasi mempunyai idea-idea yang jelas apa yang perlu mereka lakukan dan bagimana melakukan?
  3. Adakah warga IPGKB mempunyai idea yang bernas untuk membangun organisasi?
  4.  Adakah warga organisasi cukup bersedia untuk menerima perubahan?
  5. Adakah pengurusan dua hala wujud dalam sistem pentadbiran organisasi?
  6. Adakah pihak pengurusan bersedia untuk berkongsi idea bagi pihak subordinate untuk kebaikan organisasi?
  7. Apakah tahap komunikasi wujud dalam organisasi? 
  8. Adakah budaya berpuak-puak dan kroni wujud dalam organisasi? 
  9.  Bagaimana iklim organisasi yang wujud dalam organisasi?
  10. Bagaimana penghargaan diberikan  kepada warga organisasi?
Jika nilai positif mempunyai peratusan yang tinggi, merupakan petanda yang sihat untuk menjayakan wawasan strategik dan IPG KKB berada dilandasan yang betul. Jika nilai  negatif lebih tinggi, pihak pengurusan perlu melakukan sesuatu bagi membetulkan dan memulihkan keadaan supaya nanti semua wawasan strategi yang dibentuk akan dapat dicapai sepenuhnya.
Dari kajian dan pendapat pakar-pakar pengurusan, iklim organisasi berkaitan rapat dengan prestasi dan kepuasan kerja yang berkaitan rapat dengan gaya kepimpinan organisasi. Organisasi mempunyai tahap pengurusan yang tinggi dan hubungan kakitangan yang baik sering mewujudkan kepuasan kerja yang tinggi di kalangan kakitangan dan menghasilkan output yang memuaskan. Sekian terima kasih...............mydSMKPJK

BEHAVIOR  ASSOCIATED  WITH  EFFECTIVE  LECTURING

Mohd.Yazid Deraman.
Pensyarah Cemerlang PJK. IPG.KKB.

  •  Reviews briefly the main ideas from the provious lecture, or asks student to summarize them.
  •   States topic of each lecture.
  • Provides an outline for each lecture,on the board on in a handout.
  • Follows outline and present an orderly progression of ideas.
  • Spells and defines all new or specialized vocabulary and important point in writing.
  • Reinforces information with visual aids.
  • Gives many concrete examples.
  •   Uses analogies frequently so that student can conceptualizeb concepts within a more farmiliar context.
  • Refers to assigned reading when relevant,including the precise place where student s can find the information.
  • Speaks loudly and clearly uses microphone if needed.
  •  Stops to check for comprehensions regulary rather than only at end of lecture.
  • Clearly signals topic shifts and transitions both verbally and non-verbally.
  • Clearly signals digressions : explicitly  indicates how a digression relates (or  does not relate) to the prior points.
  • Makers regular aye contact with all student
  • Uses paralanguage (diction, tone, volume) and body language (hand motion,walking) effectively.
  •  Summsrizes main point of lecture at the end of class
  • Saves time during class for student questations/ comments.
  • Ends class on time
SUMBER
Building Community Through Peer Observation
American Association For Higher Education,Forum on Faculty Role and Rewards
San Diego, CA January 18,1997. Kathleen McEnerney,CSU Dormingguez Hills,mary J Allen CSU,Bakersfield. Ethelynda Harding,CSU Fresno. Cynthia Desrrochers Northridge.

KESIHATAN JANTUNG ANDA BAGAIMANA MENJAGANYA.
MOHD.YAZID BIN DERAMAN.SMK

Pendahuluan

Penyakit kardiovaskular adalah penyebab no 1 kematian di hospital di kebanyakan negara. 1 daripada 5 kematian di sebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Sekiranya anda berumur 25 taun dan 64 tahun anda mungkin salah saorang dari 6.4 juta orang dewasa di Malaysia mengidap penyakit hypcholesterolaemia. Terdapat beberapa faktor  rasiko untuk penyakit kardiovaskular, ini termasuk obesiti ,kencing manis, merokok, kolesteral, darah tinggi ,triglycerides dan tekanan darah tinggi. penyakit jantung koronari juga berlaku dikalangan suadara terdekat berusia 60 tahun.

Strategi pencegahan bagi mengurangkan risiko penyakit ini membabitkan perubahan asas kepada diet dan gaya hidup, seperti ambil diet sihat laksanakan regimen senaman yang betul, jangan merokok dan kekalkan berat badan yang sihat.

Diet untuk jantung sihat dengan makan lebih banyak:-

·         Sayuran segar bermusim seperti sayur-sayuran berdaun, salad sayuran, brokoli, zucchini, sayuran Cina dan kentang.
·         Buah-buahan segar.
·         Herba-herba segar seperti pasti, ketumbar, halia, dill, selasih, bawang putih.
·         Sayuran laut (sumber garam galian yang baik) seperti nori, arame, wakame.
·         Bijiran yang penuh seperti beras, oat, roti, gandum penuh dan barli.
·         Ikan laut dalam seperti trevally, kod, mackerel, salmon dan sardin.
·         Kekacang (sumber protein yang baik) seperti lentin, ganjus, kacang haricot, kacang adzuki dan kacang kuda.
·         Ayam, itik dan telur
·         Makanan soya (sumber protein yang baik) contohnya tofu dan tempeh.
·         Daging lembu, kambing tampa lemak 2- 3 kali seminggu.
·         Kekeras dan biji – sadikit saja yang boleh menyediakan lemak dan nutrien yang baik. Contoh buah badam, walnut, biji bunga matahari dan biji bijan.
·         6-8 gelas air bertapis sehari, teh hijau, teh herba seperti chmomile, pepermin.

Kurangkan Pemaknan Berikut:-

·         Makanan tenusu perlu rendah lemak
·         Produk tepung putih bertapis seperti roti putih, pasta, biskut, kek, gula
·         Garam
·         Lemak tepu (mentega, keju, daging berlemak) dan makanan bergoreng.
·         Kopi, teh, kolas dan peransang lain yang perlu dikurangkan.



Petua Jantung Sihat

·         Pilih ikan
o   Ikan air sejuk yang mengandungi asid lemak omega 3 yang terbukti dapat mengurangkan resiko masalah kesihatan kardiovaskular.
o   Pilihan terbaik salmon liar, sardin dan hering.
·         Bersenam
o   Aktiviti aerobik membantu mengekalkan kesihatan jantung.
o   Berjalan merupakan aktiviti murah, senang dilakukan, yang sangat baik.
·         Kawal Saiz pinggang
o   Pastikan mengambil lebih banyak makanan rendah lemak, serat tinggi dan rendah gula.
·         Ambil vitamin E.
o   Nutrien pelindungan terkenal untuk sistem kardiovaskular yang boleh mengurang risiko penyakit kardiovaskular.
·         Ambil CoQ10 dan Minyak Ikan.
o   Mempunyai  antioksidan dan nutrien untuk melindungi saluran darah.
·         Berhenti merokok.
o   Resiko penyakit kardiovaskular boleh dikurangkan dengan berhenti merokok tampa mengira usia.
·         Coklat Hitam
o   Coklat hitam yang mengandungi jumlah catechins yang tinggi (antioksidan untuk jantung) nikmatilahnya bersama bersama angggur hitam dan minum serbok koko asli atau teh sumber penting untuk jantung sihat.
·         Kawal tekanan dan ketawa
o   Ketawa besar amat baik untuk jantung. anda perlu berseronok dan berketawa bersama keluarga.
o   Bersikap proaktif atasi masalah sabaik mungkin.
o   Cuba bersenam seperti yoga untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal

SARANAN DIET UNTUK PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Jangan makan

·         Daging merah (seminggu sekali tak mengapa)
·         Daging yang diproses.
·         Daging organ seperti hati dan limpa
·         Kulit ayam atau itik
·         Makanan bergoreng atau kuah berlemak, seperti nasi lemak
·         Produk tenusu yang tinggi lemak.
·         Kurangkan gula putih bertapis dan makanan berproses.
·         Buangkan garam dalam makanan.
·         Minyak masak dan majerin dan produk komersial yang mengandungi asid lemak
·         Elakkan akan masin, jeruk, belacan dan kicap kemersial.
·         Makanan yang hangus
·         Hadkan makanan yang mengandungi pengawit, pewarna tiruan dan perisa.

Makanlah........................

·         Daging putih daripada ayam itik.
·         Ikan mengandungi lemak EPA ( 3 kali seminggu) seperti salmon, tuna, tenggiri, sardin dan hering.
·         Produk tenusu berlemak rendah.
·         Buah-buaan beraneka warna yang kaya dengan antioksidan daripada flavonaid dan karotenoid, vcitamin B dan gentian.
·         Sayuran beraneka warna yang kaya dengan beta karotena, vitamin C,E dan B, gentian tinggi dan flavonoid, kacang dal dan kekacang.
·         Marjerin- pilih majerin lembut monotaktepu yang bebas dari asid lemak trans. Guna minyak zaiton.
·         Bijiran, kacang-kacangan, kekeras dan legum.
·         Pasta.
·         Bakar atau panggnag makanan bukan menggoreng.
·         Pilih karbohidrat kompleks, seperti beras ceruh,capati, roto gamdum asli, bijiran oat, dedak dan jagung.
·         Banyak makan bawang putih, bawang laian, halia dan kulat.
·         Minum 8 gelas air

Bersenamlah untuk kesihatan jantung. Gaya hidup yang banyak duduk dan kurang bergerak akan mengurangkan keaktifan sistem kardiovaskular, menyumbangkan kepada keobesan, membawa kepada kolesteral dan trigliserida yang lebih tinggi disamping menurun paras HDL. Jika kita bersenam secara regular ia boleh.......
·         memperkutkan otot jantung,
·         meningkatkan kecekapan paru-paru,
·         membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori,
·         meningkatkan paras lipoprotein berketumpatan tinggi yang boleh membawa kepada kolesteral pelindung
·         Dapat mengurang paras lemak dalam darah.
·         Menguatkan salur darah dan pengoksidanan otot jantung
·         Mengurang keletihan dengan meningkatkan ketahanan fizikal
·         Memperbaiki rupa bentuk perwatakan,citra diri, tona otot, keanjalan sendi
·         Melegakan ketegangan otot
·         Meningkatkan kecetrgasan dan tumpuan minda.

Mulakan hari ini untuk mencapai gaya hidup jantung yang sihat.....agar masa depan semata-mata keupayaan anda untuk dinikmati. Saya belajar dari pengalaman sendiri......betapa bahagia dan nikmatnya jika kita sihat.

Sumber
Utusan Malaysia 10hb Mei 2009
w.w.w.blackmores.con.my
Bruce Miller’s better Health Series.