Tuesday 2 August 2011

Kesihatan dan Kecergasan Dari Prospektif Islam

Kesihatan dan Kecergasan Dari Prospektif Islam

Oleh

Mohd.Yazid Bin Deraman
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
yazid_deraman.ipkb.edu.com.my

Kesihatan adalah satu dari espek kehidupan yang mendapat tempat utama dalam falsafah pengajaran islam. Sebagai satu agama yang suci dan sempura, islam bukan saja membantu  kehidupan manusia di dunia ini dan menjelaskan tujuan hidupnya, bahkan juga menjelaskan mengapa kita harus hidup sihat dan mengatur kesihatan umat manusia. Ini adalah sebahagian piagam pelanggang Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan untuk memastikan warga IPKB dalam sihat dan cegas melalui kurikulum Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Harapannya agar warga Institut mampu menghadapi cabaran fizikal dalam pelbagai suasana  dewasa ini.


Pendahuluan

Sebagai Khalifsh Allah dimuka bumi, manusia ini telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk melakukan segala perentahnya, berlaku amar makruf dan menjauhi segala mungkar. Ini disimpukan dalam Firman Allah SWT dalam Quran bermaksud..............

Tidaklah aku jadikan jin dan manusia, melainkan hanyalah untuk mengabdikan dari kepadaku- (Adzv- Dzariyaat;56)

Ayat ini  jelas bahawa tujuan manusia itu untuk beribadah terhadap Allah S.W.T dalam segala bidang hidupnya agar tercipta kesentosaan hidup didunia ini. Sebab itu Islam mengutamakan kesihatan umatnya, sebab sempurrna atau tidak seseorang itu melaksanakan perentahnya bergantung kepada tahap kesihatanya,


Untuk menjalani kehidupan yang baik, bersih dan murni serta yang diredai oleh Allah SWT sendiri berfirman yang bermaksud..........

kami jadikan manusia selalu dalan kesukaran perjuangan- Al-Mulk 2

Hai manusia, Sesungguhnya kamu misti berkerja keras menuju Tuhanmu, maka barulah kamu akan dapat menemuinya.....

Ini beberapa ayat Quran yang terang-terang yang menunjukkan kepada kita hidup di dunia bukan saja belayar dilaut yang tenang bahkan penuh dengan kesukaran, cubaan dan masalah. Semua orang tahu , iblis dan syaitan telah mendapat mandat sepenuhnya dari Allah SWT untuk menyesatkan anak adam sepanjang masa dan tempat. Apakah satu satu modal yang teguh buat mengharumi kehidupan  yang penuh dengan masalah selain..... dari diri yang sihat  sihat segi rohani dan jasmani.


Sejarah dan Amalan Kesihatan Dalam Islam

Besarnya perhatian Islam kepada kesihatan bukan saja dilihat segi sembahyang, puasa haji malah ,dilihat dari segi kehidupan Rasullah SAW. Sallolah Waalaihi Wasalam. Rasullah selalu mengajar para sahabatnya supaya mandi waktu tertentu di waktu pagi, petang dan ketika bersolat Jumaat memakai bauan-bauan harum ke masjid. Walau sukar mendapat air ditahan Arab, namun Rasullah tidak menyukai orang  tidak membersih diri setelah membuang air, maka dibolehkan digunakan tanah jika tiada air asalkan tujuan pembersihan dapat dilakukan.


Kalau di kaji dari sejarah , Islam sebenar mendahului dunia barat 1000,  tahun mengenai kesihatan dan kebersihan.

v  Istana Maharani Catherine De Medicci abab ke 14 tiada bilik mandi.
v  Sepayol yang digelar Excorial kunonnya mempunyai 3,000 buah bilik didalamya, tapi anihnya tiada satu bilik mandi.
v  Tempat isterihat Raja Lous XIV raja Matahari Perancis terkenal di Versailles, hanya terdapat sebuah bilik berendam, itu pun tidak digunakan dan dibuat tempat pancutan air
v  Ahli fikir Eropah biasanya tidak mandi .Goethe ahli fikir Jerman abab ke 19 hanya menggunakan secawan air untuk mengelapkan badannya.


Lihat pula pengunaan berus gigi untuk kesihatan dan kebersihatn gigi. Sebelun dunia barat buat berus gigi, Islam lebih dahulu mempraktikan , Rasullah SAW menurut hadis diriwayatkan oleh Bukhari, Rasullah bersabda bahawa menggosok gigi bukan saja membersihkan mulut juga menyenangkan Allah SWT. Kebiasaan Rasullah bangun tengah malam solat tahjud baginda terlebih dahulu membersih mulut dan gigi.  Lihat selepas 1,250 tahun baginda wafat pada tahun Mesihi 1880 pemakaian berus gigi menjadi umum.


Hakikat Manusia Sebagai Khalifah

Mengkaji hakikat Kedudukan manusia...................
Manusia ini , sifatnya sebagai khalifah Allah dibumi, sebagaimana disebut sendiri oleh Allah dalam Al Quran maksudnya.............

Dan(ingatlah) tatkala Tuhanmu berkata kepada Mulaikat; Sesunggunya Aku hendak jadikan seseorang Khalifah di bumi – Al Baqarah;30

Oleh kerana manusia dikurniakan oleh Allah SWT sendiri dengan kedudukan sehabis mulia sebagai Khalifah Allah, masa ia harus berusaha, berwaspaada melaksana fungsi dan tanggungjawab hidup dibumi agar sikap dan tidakannya seirama dengan sanutrullah.


Manusia dapat atau tidak memikul amanat dan hukum tuhan Tuhan adalah bergantung kepada perjuangan antara akal dan nafsu. Sekiranya ia menjalani kehidupan didunia menurut hukum yang diperentah oleh Allah SWT terhadapnya, maka terpeliharalah sunanah-sunah Tuhan yang wujud pada dirinya dan alam sekitarnya.


Walaubagimanapun segala amanah-amanah Allah tidak mudah dilaksanakannya sekiranya sesorang itu tidak memperolehi kesihatan tubuh badan. Bahkan kesihatan itu pula tidak mungkin tercapai olehnya sekiranya ia sendiri jahil sunnah-sunah Tuhan yang berkaitan dengan peraturan kesihatan dan tidak mempunyai pengetahuan sadikit pun  tentang ilmu kesihatan.




Kepentingan kesihatan dalam amalan kehidupan

Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya soal kesihatan itu dalam islam bahkan kepada manusia sejagat. Kesihatan adalah modal hidup, kerana setiap amanah atau kewajipan dapat kita laksanakan dan sumpurnakan jika tubuh kita sihat, seperti solat, puasa, haji dan sebagainya lagi. Tapi jika manusia menolak sunnah.berarti ia menurut langkah syaitan yang lahir dari hanya nafsu semata. Bila Sunnah tuhan atau sunatullah dilanggar maka akibatnya lahirlah pelbagai rupa bencana dan malapetaka yang mengakibatkan bukan kerosakan pada dirinya  bahkan kepada alam sekitar.


Untuk memperolehi kehidupan yang selamat baik didunia atau diakhirat, kita harus menyedari akan amnat-amanat yang dibebankan ke atas diri kita oleh Allah SWT iaitu, menjaga diri dan alam sekitar dari kebinasaan. Kepatuhan kita kepada Allah termasuk juga kewajipan manusia untuk memelihari tubuhnya agar sentiasa sihat sebab, setiap satu dimiliki manusia merupakan amanah, bukan hak milik sendiri hatta akal kita sekalipun


Memelihaara tubuh agar sentiasa sihat, adalah satu kewajipan manusia, kerana tubuh kita adalah amanah Allah. SWT, maka itu kita mistilah menunaikan hak-haknya itu. Kesihatan tubuh badan tidak mungkin tercapai sekiranya kita sendiri tidak mengerti sunnah Tuhan berkaitan dengan peraturan-peraturan kesihatan dan jahil pula dengan ilmu kesihatan. Kejahilan kita terhadap aspek penjagaan kesihatan, memungkinkan kita mendapat pelbagai penyakit,baik penyakit jasmani atau penyakit rohani.


Sebagai satu contoh yang mudah, jika seseorang, menurut hawa nafsu soal makan dan minum, tampa memenuhi peraturan kesihatan dan agama, makan ia akan sakit perut, sembelit, akibat sistem penghazaman terganggu. Manusia terbatas untuk mengawal fungsi tubuh seperti debaran jantung berfungsi tampa pengawalan fikiran, fungsi penghazaman terjadi sendiri, mata dapat melihat, paru-paru manrik nafas. Yang semua ini berjalan tampa sedikit pun kawalan dari akal  (Saraf autonomi) kesedaran , justeru itu ia berjalan mengikut hukum Sunanatullah. jika sistem tubuh badan yang tunduk dengan hukum Sunanattulah di ganggu, maka manusia kena membayar denda kerana dosanya dengan tubuh kita mendapat sakit atau mendapat penyakit.


Amalan Kesihatan Dalam Islam

Usaha menjaga kesihatan bukan cukup sekadar mengetahui hukum-hukum  syarak  yang berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan. Seorang doktor atau guru pendidikan jasmani ,yang beragama islam, patuh pada pengajaran agamanya akan tentu merasa lebih kagum akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT, dan bertambah tebal imannya jika ia menyedari wujudnya hukum sunatullah yang mengatur pelbagai sistem tubuh manusia.  

Firman Allah SWT.     hanya hamba-hambaKu yang berilmu saja takut kepada Allah.

Maka jelaslah bahawa kesejahteraan dan kebahagian hidup didunia ini amat bergantung  sekali kepatuhi kita terhadap hukum sanutullah. Dalam hal ini, Prof Dr. Copen. dalam bukunya Diet and Nutrition berkata..... Senaman, makanan yang teratur, serta berfikir secara yang betul, adalah kaedah semulajadi bagi mencegah penyakit., maka satu-satu jalan ialah dengan menjaga peraturan makanan, bersenam, mengamalkan kebersihan  akan mencegah semua penyakit.


Jika kita dilanda penyakit atau tidak sihat, kesalahannya kera perbuatan kita sendiri. Sesungguhnya Allah amat pemurah dan penyayang sifatnya, maka sayang sekali jika manusia itu sendiri jahil melakukan bencana kerana terpengaruh dengan hawa nafsunya sendiri.


Maka tepatlah firman Allah SWT bermaksud ..........

Sesunnghnya Allah tidak menganiaya diri manusia sadikit pun tetapi manusialah yang menganiayaa diri mereka sendiri..........Yunus 44.

Maka cubalah, manusia lihat pada pada maknanya...........’abasa 24

Makanlah kamu dan minumlah tapi jangan melalpau batas....Al-’araf

Hai manusia, makanlah barang yang halal yang baik dari apa yang dibumi dan janganlah kamu turut langkah-langkah  syaitan kerana sesungghnya iaitu syaitan musuh yang terang bagi kamu......................Al-Baqarah 168.


Sabda-sabda  Rasulah berikut mengandungi hikmah ilmiah perubatan moden tentang kesihatan.....

§  Perut itu rumah penyakit (pangkal penyakit) dan penjagaan adalah rumah ubat

§  ’Berlaparlah kamu supaya sihat’

§  Sesungguhnya diri kamu ada hak, dan tubuh badan kamu juga mempnyai hak.


Amalan makanan yang betul bukan saja memenuhi keperluan fisiologi, tetapi juga sebagai ibadah. Islam mengajar kita amalan makanan bermula dari punca dan sumber makanan , kebersihan makanan, cara memasak, menghidang dan akhirnya membuang sisa makanan. Firman Allah SWT bermaksud..............

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik apa yang telah Allah rezekikan kepada kamu dan ketahuilah kepada Allah yang kamu beriman kepadnya........al-Ma’idah Ayat 88.

Hai rasul-rasul, makanlah makanan yang baik dan kerjalah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.........al-Muk’minum Ayat 51.

Agama islam membenarkan kita makan, bahkan menyuruh kita makan, tapi tidak membenarkan kita makan cara berlebihan... Firman Allah SWT bermaksud

Hai anak adam, pakailah pakaian mu yang indah memasuki masjid, makanlah dan minumlah dan jangan berlebihan’...........al-A Raf ayat 31

’Makanlah antara razeki yang baik yang telah kami berikkan kepadsa mu dan janganlah melampau batas padanya yang menyebabkanya kemurkaan-Ku menimpamu. Dan barang siapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku maka sesungguhnya binasalah kita.... Taha.Ayat 81.

Jabir B Abdullah meriwayat bahawa Rasullah bersabda.........

’Makanan untuk seorang cukup untuk berdua, makan berdua cukup untuk berempat dan maknan berempat untuk cukup delapan orang................Sahih Muslim Jil 3w,hlm 1136.


Rasullah menganjur kita makan jika kita lapar, berhenti sebelum kenyang . Dalam kitab Ihya Ulumuddin oleh Iman Ghazali ada dinyatakan terlalu kenyang akan mengelorakan nafsu, menyebabkan penyakit dalam tubuh dan mengurangkan ibadat.  Perubatan moden membuktikan makan berlebihan dikaitkan dengan penyakit kencing manis, tekanan barah tinggi dan kegemukan.


Penutup

Merujuk teks ucapan bekas Menteri Kesihatan, pada 20hb Jun 2004, Kempen Lompat Tali Jantung di Sunway Pyramid, KL. Pada tahun 2001, dari 33,262 kematian di laporkan di Hospital Kerajaan, 16% kematian akibat penyakit jantung, 8.5% angin asmar. Salah satu punca sebab berlakunya penyakit kardiovuskular kerana masyarakat kurang aktiviti fizikal. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lebih 2 juta kematian setahun berpunca kurang melakukan aktiviti fizikal, yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi, obesiti, paras kolesteral tinggi dalam darah. Perangkaan juga menunjukkan 80% kes adalan kejadian ’premature Coronary heart disease’ berpunca dari kombinasa faktor amalan pemakanan yang tidak sihat, tabiat merokok dan kurang bersenam.

Kajian, kesihatan dan mobiliti kebangsaan ke dua, kadar prevelen  rakyat Malaysia pernah,bersenam hanya 31% dan yang bersenam hanya 12%. Ini menunjukan kadar prevalen rakyat Malaysia pernah bersenam lebih rendah dari negara Australia, Kanada, Amerika Syarikat yang kadar prevalennya ialah 40%.


Konsep asalnya kesihatan bermakna kita hidup dalam  keadaan sihat, selamat, bebas daripada kecederaan, kecacatan dan penyakit. Tahun 1948 dalam persidangan Kesihatan Sedunia kali pertama oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). menjelaskan Kesihatan bermakna sihat dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial dan dengan tiada penyakit, sebarang kecacatan dan kecederaan. Komponem mental, fizikal dan emosi bersepadu, saling bertindak antara satu sama lain. sebarang perubahan akan menganggu yang lain.Hoymen (1962) mentakrif kesihatan sebagai keadaan sihat yang optimun, bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif.


Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit . Tahap kesihatan fizikal kita boleh ukur dengan memereksa suhu badan,tekanan darah, denyutuan jantung dan kandungan air kencing
Kesihatan fizikal dapat dicapai dengan mengambil makanan berkhasiat dan seimbang agar badan memperolehi tenaga yang memcukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental,fizikal, sosial dan fisiologi. Tenaga juga perlu untuk pembinaan dan pertumbuhan badan serta menetang serangan patogen menghindar diri dari penyakit. Kesihatan fizikal paling murah dan dapat  dicapai melalui hanya senaman harian,


Semuaga kita tidak bersama orang-orang yang tidak  lupa banyaknya nikmat diberikan oleh Allah SWT,kepada kita selama ini. Penulisan ini agar ia menjadi pengajaran pada saya, juga kepimpinan Institut dan pada anda bakal guru, peneraju wawasan pendidikan, menjana ilmu era ledakan maklumat tampa sempadan. Semuga  tidak terkorban dengan kemajuan ini yang memisahkan diri kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan kita nikmati kemajuan ini, dengan terlantar di hospital, maka masa itu kita merasakan betapa bahagianya, kalau Tuhan berikan diri ini  nikmat sihat











Senarai Rujukan


Dr Aziz Azimudin (2008). Men jaga Kesihatan secara semulajadi. Mingguan Wanita.11-17

htt.:www.Infosihat.gov.my/penyakit.k.keracunan% 20 makanan.html

Http//www.geocites.com/melf2c/kesihatan.htm?200812.

http:www.prn2.usm.my/mailside/bulletin/ 1995/makanan.html

Luqman Hakim (2002). Makanan dan Kesihatan. Ilmu Caha Kedidupan. Al-  Hidayah Publisher, Kuala Lumpur

Mohs.Hamin Rajikan & Rakan (2003). Pemakanan dan kesihatan . Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Norhayati Ismail (2000). Keracunan makanan-Utusan Publication Sdn Bhd.Kuala Lumpur

mhtml;file//C;/User/Compaquser.8/Dokumen/ASSG KESIHATAN/Ucapan Menteri Kesihatan 8/8i/2008.

mhtml;file//C;/User/Compaquser.8/Dokumen/ASSG KESIHATAN/Lapan prinsuip pemakanan.


www/rcentre.uitm.my/dowload.view php?download -02460

W.W.W Web.Hidayah @ .Com.My.

www,myhealth.gov.my



No comments:

Post a Comment