Wednesday 3 August 2011

Bulan Penghayatan Gaya hidup Sihat IPG.KKB.

Ybrs En.Hashin Deraman-Pengarah IPGM Kampus KB
Ybrs TnHj Yajid Yacob-Timbalan Pengarah
Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Kelantan---
Ketua jabatan/Pensyaah Kanan
Guru Pelatih yang dirahmati Allah.swt

Pada bulan Ogos bermula 2hb Ogos 2009 hingga 22hb Ogos 2009,merupakan bulan Jabatan PJK bertugas. Saya mengambil pendekatan konsep bulan bertugas jabatan PJK ialah Bulan Penghayatan Gaya Hidup Sihat.. 3 minggu ini saya akan membuat pengisian aktiviti berdasarkan tema ini. Aktiviti Gaya hidup Sihata kita telah mulan pada bulan jun lagi dengan karnival Sukan permainan. Pada hari ini kita membuat pelancaran bulan penghayatan gaya hidup sihat dan pengisian dengan ceramah, pamiran, pemereksaan kesihatan, uajian kecergasan jasmani dan juga senarobik berkala 2 kali setiap minggu hinggalah menjaleng puasa. Aktiviti selaras bulan kecergasan Kementerian Pel;ajaran Malaysia dan budaya Sihap IPG dan bulan kecergasan Negeri Kelantan.

Setinggi tahniah pada mereka yang menyokong program ini.terutama anak-anak saya kumpulan major PJ merekalah peneraju utama menjayakan program ini dengan bagitu gigih dan cemerlang. Syabas, saya sangat bangga dengan anda. Bagitulah juga terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri kelamntan, saya dimaklumkan pegawai seibut dengan isu semasa, mereka sanggup menghantar 11 orang pegawainya untuk mejayakan program kita pada hari Ini, terima kasih.

Izinkan saya membuat sadikit taskirah tentang penghatan gaya hidup sihat semuga tiada rotan akar pun berguna.

Kesihatan  merupakan kunci utama kesejahteraan insan dan kehidupan kita. Kesihatan umpama sahabat, kehilangan dirasai ,bila ianya telah pergi,rasa kesusahan. Kesihatan merupakan satu simbul kekayaan. Sehebat mana kita manusia, setinggi mana pangkat kita agenda penjagaan kesihatan misti diutamakan .Pengekalalan status kesihatan setiap orang merupakan kewajipan utama . Dalam dunia yang sedang membangun dan serba moden kehidupan kia sekarang banyak dibantu dengan teknologi moden , ditambah dengan kesibukan dan tugasan yang berpanjangan, hingga kita lupa dan alpa aspek penjagaan kesihatan diri. Kita hanya akan berjumpa doktor bila kita sakit. Bila diberi sedikit ujian kesihatan kita barulah ada kesedaran, berdoa memohon pada Tuhan supaya sembuh dari penyakit dan merasakan  alangkah bahagianya jika diberi kesihatan yang  baik

Umpama kita membeli kereta baru, sudah tentu kita merasakan kereta itu sangat berharga, maka setiap 5,000 kilometer kita tidak lupa jadual servisnya.  tujuannya supaya mengelakkan kerusakan ,supaya kereta itu memberi prestasi yang maksima dan tahan lama. Bagaimana dengan diri, harga dan nilai kesihatan diri anda? Adakah anda menilai tahap kesihatan sekurang 2 kali setahun atau hanya anda menggambil ubatan-batan d ifarmasi atau jumpa doktor bila sakit ? Jika ditakdirkan tidak sihat ,andakah kereta baru ratusan ribu  dapat menyembuhkan penyakit anda? Adilkah kita dengan pelaburan yang tinggi, jika diri terlantar dihospital dan menghabiskan ratusan ribu juga untuk menyembuh penyakit. Sedangkan masa sihat kita lupa menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup. Nikmat, rezeki, kemudahan tidak digunakan untuk menjaga status kesihatan sepanjang hayat. Kesihatan kita tidak ternilai dengan wang ringgit,Ia terlalu berharga. Tetapi persoalanya adalah kita menghargai kesihatan kita yang sangat ternilai itu? Apakah langkah kita lakukan untuk mencegah badan kita dari sakit atau supaya badan kita mampu memberi prestasi, umpama kereta baru kita. Pernahkah kita menjalani pepereksaan berkala atau mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam dan sebagainya. Fikirlah kerana tabiat manusia tidak merasakan penting kesihatan selagi mereka tidak sakit .Umpama kita orang tua, bila terantuk baru terngadah. Orang merokok akan terus merokok walaupuan ia sedar bahaya merokok, Orang yang mengamalkan gaya hidup ‘sedentary’ terus mengamalkan gaya hidup sedentary walaupun ia tahu gaya hidup tersebut bukan amalalan gaya hidup yang sihat. Pelajar-pelajar kita waktu petang gemar melepak di asrama atau berada di super markat, walaupun ia tahu mengisi masa lapang berriadah  waktu petang baik untuk kesihatan. Pensyarah kita semua tahu penyakit kencing manis, kolesteral, darah tinggi, Penyakit jantung koranari, tapi tidak tidak tahu bagaimana kaedah menjaga kesihatan atau berupaya bersenam atau beriadah kerana, alasanya tiada masa dan sentiasa sibuk, malaslah, dan tiada masa

Masalah kesihatan di dunia sekarang telah  mengalami revolusi, jika dulu masyarakat kebanyakan mengalami kekurangan zat makanan dan vitamin tapi hakikat hari ini masyarakat mengalami masaalah kesihtan, disebabkan terlebih makan, lebihan kolesteral, lebihan gula lebihan berat badan dan obesiti. Penyakit wujud dalam mesyarakt sekarang kerana limpahan rezeki, dimana manusia lupa dan tidak mengikut peraturan yang disusun oleh Allah SWT dan tidak mengikut sunnah yang dijar oleh Rasullah SAW. Ini berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia sendiri yang tidak menjaga kesimbangaan dalam hidup, seperti sanatullah yang ditetapkan . Dalam surah ar-Ruum ayat 41 dimana Allah mengingatkan kita, bahawa kerusakan muka bumi ini akibat perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab atau merasa akibat daripada perbuatan tersebut  Kegagalan inilah yang menyebabkan  manusia mendapat pelbagai penyakit.dan pelbagai penyakit yang pelik menjadi wabak didunia moden tampa ada cara ,teknologi moden, penyelidikan atau ubat, veksin ,antibodi untuk menyembuhnya.

Kata orang bijak pandai, usia bukan jaminan untuk kita kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar kita boleh menjamin kesihatan yang bermakna di masa hadapan. Dalam usia 52, tahun dengan DG 52, kita tentu bangga memiliki jantung yang sihat seperti anak muda berurur 25 tahun pun  Harus kita ingat, jodoh, rezeki maut ditangan Tuhan, pengabaian kesihatan menyebabkan kita seolah-olah kita menyimpam bom jangka yang akan meletup bila-bila masa apabila sampai kepada tahap kroniknya.

Dari kajian  statistik Kementerian Kesihatan Malaysia ,daripada 26 juta penduduk Malaysia, 6 juta warga dewasa mempunyai berat badan berlebihan .Bilangan yang gemuk dinegara 3 kali ganda Penyelidikan TNS Asiapanel 2006, mendapati 38 peratus suri rumah Malaysia mempunyai berat badan berlebihan tertinggi di kalangan 5 negara Asian, Taiwan, Thailand,Vietnam dabn Kiorea Selatan. semanjak 10 tahun dulu,ini melebihi negera Jerman dan Perancis. Kira-kita 2.3 juta perokok di Malaysia,Kajian menunjukkan  8.4 juta rakyat Malaysia tidak suka  atau mengelak dari bersenam. Peningkatan pesakit yang masuk wad hospital akibat diabetis amat merisaukan. Kajian Pegawai Penyelidik IKIM dan Kementerian Kesihatan 2006, Gaya hidup masyarakat negara ini menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik Antara ciri yang mendatangkan resiko penyakit bahaya yang tidak berjangkit ialah gaya hidup dan gaya penakanan yang tidak sihat dimanaKajian Kementerian Kesihatan  7.2.juta (60.1) rakyat tidak menjalani aktiviti fizikal; dan 8.7 juta (7.8 peratus tidak memakan sayuran dan buahan.

Secara ringkas antara factor yang mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang termasuk:_
1.      Proses autointoksikasi oleh penyerapan semula bahan toksid dari usus yang sepatutnya dikeluarkan jika seseorang tidak menjaga kesihatan usus
2.      Proses oksidasi dan kesan redika bebas yang boleh mengakibatkan sel-sel dalam badan rusak dan mengakibatkan gejala kanser, penyakit kardiovaskular
3.      Tahap imum yang lemah mendedahkan badan kita terhadap pelbagai kuman yang mengakibatkan pendedahan kepada penyakit
4.      Ketidak kelancaran pengaliran darah oleh kesan kolesteral, sumbatan saluran darah dan paras arthorossclerosis yang menyebakan sel-sel badan tidak mendapat nutrean dan oksijen yang cukup
5.      Ketidakseimbangan nutrient disebabkan pemakan moden terdiri makanan proses yang kekurangan zatnya
6.      Penurunan paksi hormone seperti HIGH yang secara semulajadi bila usia semangkin meningkat.

Kita perlu mengamalkankan Gaya hidup yang sihat kerana gaya hidup sihat ditakrif sebagai satu prosess atau amalan kesihatan kearah perubahan hidup yang berkuliti dan memuaskan . Ia meliputi pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan dan stress dan yang paling penting menghindar diri dari aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko kepada kesihatan. Gaya hidup sihat berkaitan rapat dengan kecergasan dan senaman. Semua orang ingin sihat sejahtera dan menikmati kehidupan yang aman. Kuncinya ialah dengan pemakanan yang sihat, kekal aktif, mengurus kesejahteraan  emosi dan memastikan kita tidak mengidap sebarang penyakit walau pun seusia 40 tahun. Setiap individu dari pelbagai kategori dinasihatkan melakukan aktiviti fizikal 3 kali seminggu selama 30 minit, mengamalkan pemakanan yang rendah lemak dan garam. Pepatah ada mengatakan diri kita apa yang kita  makan Kerajaan tidak boleh menjaga keihatan setiap rakyat, merekalah perlu menjaga kesihatan masing-masing

Berhubung dengan pelancaran bulan kecegasan Kementerian  Pendidikan  Malaysia pada Julai 2009. Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan mengambil usaha proaktif menterjemahkan hasrat Kementerian Pendidikan Malayasia, menjadikan bulan Ogos ini sebagai bulan penghayatan gaya hidup sihat bagi semua warga IPGM KB.., Bermula pada 2hb Ogos ini sehingga 22hb Ogos 2009 Jabatan PJK merancang pelbagai usaha untuk memberi kesedaran kepada warga IPGM KB tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kepentingan untuk mengekalkan tahap kecergasan.

Antara aktiviti akan dilaksanakan dalam bulan penghatan gaya hidup sihat
ialah:-
  1. Ceramah Kesihatan oleh pakar kesihatan dari HUSM
  2. Pemiran kesihtan oleh- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
  3. Pemereksaan kesihatan & Darah oleh Hospital Pengkalan Chepa.
  4. Senamrobik oleh Pelajar Mejor PJ
  5. Pelancaran Bulan gaya hidup sihat
  6. Pelancaran Buletin SIHAT  jabatan PJK
  7. Pelancaran Blog Jabatan Pendidikan Jasmani oleh pelajar Mejor PJ

Dalam bulan ini iaitu sebelum menjelang Ramadhan adalah diharapkan semua warga IPKB menyahut seruan yang baik, supaya ramadhan pada tahun ini menjanjikan kita dalam keadaan  sihat dan walafiat, sejahtra , bahagia dan dapat melaksanakan ibadah sepanjang dengan penuh keberkatan dan semangat yang tinggi Semuga kita warga IPGMKB mendapat gajaran yang dijanjikan pada setiap detik di bulan Ramadhan.

Sekian saya menyeru pada semua wahga IPKB terutama pensyarag dan & staf sokong mengambil peluang pada hari ini membuat pemereksaan kesihatan. Izinkan jabatan PJ menyimpan rekod tuan/puan untuk kajian dan juga tindakan susulan. Contohnya jika rekod paras gelukos tinggi dilakangan kita makan aktiviti seterusnya nanti kita akan focus kepada penyakit Diabetis dan penulisan dalam buliten kita beri keutamaan penyakit ini. Datang bersenam  sertiap Ahad dan Selasa tampa paksaan, demi  untuk kesihatan,. Jika kita sayangkan keluarga kita jagalah diri , kesihatan badan. Mengelak lebih baik dari mengubat.Bila kita sakit kita akan sedar betapa nikmatnya bila sihat. Kesihatan itu satu pelaburan dan kekayaan.Apa yang ada lakukan itulah yang anda dapat nanti, natijahnya kesan tidak hari tapi mungkin jangka panjang. Didoakan kita diberi sihat sepanjang hayat

Sekian. Semuga kita berbahagia dengan nikmat sihat yang diberikan ‘ Yang baik  dari Allah SWT dan yang lemah itu dari diri saya. Terima Kasih.

Mohd.Yazid Bin Deraman
Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu, Kelantan

No comments:

Post a Comment