Monday 1 February 2016

PROFESIONALISME

CIRI-CIRI PROFESIONALISME DALAM ORGANISASI.
(Mohd.Yazid Deraman . IPG Kampus Kota Bharu)

PENGENALAN

Profersionalisme angota dalam organisasi misti mempunyai ilmu yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab demi menghasilkan budaya kerja cemerlang dan pengurusan yang berkualiti, menyelesai masala secara profesional untuk menghasil perkhidmatan yang efisen dan afektif.
Justeru itu rakan-rakan IPGKKB dan rakan di jabatan  berkewajipan untuk meningkatkan ilmu, kecekapan, kebolehan, kemahiran berkaitan dalam bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing.

CIRI-CIRI PROFESIONALISME

1.    KEJUJURAN INTELEKTUALISME
Kejujuran intelektual ialah menjalankan tugas dan tanggungjawab pergurusan organisasi berdasarkan dasar yang telah digariskan. Melaksana dengan ikhlas tampa memalsukan maklumat penting

2.    NEUTRALITI
Tidak memihak mana-mana individu atau kumpulan. Sudut pengurusan bersedia serta berusaha melaksana semua dasar, program dan aktiviti yang dirancang oleh organisasi.

3.    KEPIMPINAN
Sebagai contoh dan tauladan dalam organisasi. Kepimpinan berkesan bukan pada kuasa tapi keupayaan memimpin, merangsang,membangun dan mengembeling tenaga kerja, kepakaran, sumber bagi mencapai matlamat iorganisasi. kepimpinan yang baik ada wawasan yang jelas, menmyapaikan matlamat organisasi jelas dan mudah dan dapat digembelingkan semua kpakaran dengan sisitematik dan berkesan.

4.    BERKERJASAMA
Dammorganasisi kerjasama setiap individu dan  unit, bahagian, jabatan penting dan perlu penyelarasan yang berkesan untuk capai objektif dan matlamat organisasi.

5.    KREATIVITI DAN INOVASI
Organiassi perlu ada kakitangan atau organisasi itu sendiri membuat pembaharuan dalam pengurusan dan pentadbiran untuk mengurang tekanan dalam pentadbiran.Kreativiti dan inovasi ialah nilai tambah yang perlu dibangun jika ingin meningkat produtiviti .krra aktif dan tidak tertangguh.kreativiti dan inovasi di kalangan kakitangan organisasi dapat menyelesaikan masalah 

6.    PELANGGANG
Budaya kerja cemerlang dan pengurusan berkualiti misti berorentasikan pelanggang. Asperasi pelanggang misti diutamakan. Anggota organisasi perlu ada pemikiran terbuka, mendampingi dan mendapat maklumbalas daripada pelanggang.

7.    PEMAJUAN DIRI
Kakitangan organisasi misti memajukan diri sendiri, misti letak targt dan tahap pencapian setiap tugas dan tanggungjawab untuk dicapai dalam satu jangka masa yang perlu dirancang.Perlu meningkat ilmu, kepakaran, kecekapan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang tugas. Pupuk semangat ingin tahu, fikiran resional,saintifik san semangat ingin berbudi, berbakti dalam m,enyelesai masalah organisasi.

8.    PENGURUSAN DIRI
Mengurus personaliti penting untuk mendapat kepercayaan organisasi dan mesyarakat terhadap kredibiliti organisasi tempat bertugas. Kakitangan yang berpersonaliti dan berdisiplin serta berhemah dapat meningkatkan lagi nilai  profenalisme dan kualiti organisasi.

9.    AKUNTABILITI
·         Tanggungjawab terhadap tugas diamanah
·         Tugas dilaksana mengikut peraturan, undang-undang, prosidur dan arahan yang diberikan.
·         Misti berhati-hati, cermat, teliti, cekap dan tidak membazir sumber.
·         Satu kaedah kawalan supaya undang-undang dan peraturan dipatuhi dan sistem berkesan capai matlamat organisasi.
·         Peranan akuntabiliti berkaitan rapat pengurusan kewangan yang cekap, sisitematik dan amanah.
·         Patuhi tatacara pengurusan pihak atasan. Perancangan dan pelaksanaan projek keutamaan akuntabiliti sebab proses pelaksaaan yang kompleks memerlukan akuntabiliti
·         Pelaksanaan tanggungjawab dan tugas berkesan memerlukan kawalan,kawalan disiplin dan tata tertib yang mematuihi perintah am
·         Kegagalan dalam akuntibiliti kerana kurang pengawasan, pengesanan yang lembab, rekod yang tidak teratur dan kakitangan kurang kepakaran serta kurang bertanggungjawab.
          
         MENGATASI MASALAH AKUNTIBILITI DALAM ORGANISASI
·         Menjelaskan  akuantabiliti tugas,dan  tanggungjawab
·         Memperinci  tugas dan tanggungjawab setiap kakitangan
·         Dinyatkan dalam bentuk dokumentasi bertulis, yang jelas mengandungi peraturan, undang, prosidur dan arahan.
·         Menguatkuasakan sistem kawalan
o   Agihan belanjawan berkesan
o   Mengawas dan mengawal pengunaan tenaga manusia, aset dan perkhidmatan
o   Perakunan yang cekap dan kemaskini.
·         Kawalan audit dalaman untuk tingkatkan keupayaan dan mengesan kelemahan.
·         Peraturan dan arahan perlu tegas dan berkesan dan kosisten.
·         Kerenah birokrasi perlu dikurangkan. atau dihapuskan jika akuntabiliti  berjalan dengan baik.
·         Akauntabili harus bermula setiap kakitangan, Bersedia menilai kelemahan dan melaku koreksi diri dan menerap nilai murni dalam perkhidmatan.. Juga misti rasa bangga dengan budaya kerja cemerlang dan pengurusan berkualiti yang beramanah, cekap dan didikasi.

        SYARAT DIPERLUKAN MELAKSANA AKAUNTIBILITI
·         Kakitangan diberitahu dengan jelas tentang kefahaman, tugas dan tanggungjawab
·         Kakitangan berkeupayaan memahami dan melaksana tugas mencapai tahap yang diharapkan.
·         Kakitangan mistilah ada komitmen tidak berbelah bagi dan keutamaan preference.

10. PENGURUSAN MASA
Pengurusan masa yang baik dan berkesan asas dalam pembentukan sikap yang positif pengurusan masa yang baik mengelakkan axecutive stress atau tekanan kerja dan meningkat produktitiviti dan kualiti.
Bagaimana pangurusa masa yang betul dalam organisasi:-
·         Perancangan kerja yang teratur, menyenaraikan keutamaan kerja dan mengadakan chectlist senarai semak untuk merancang dan mengawal kerja.
·         Delegasi kuasa pada orang lain kongsi tanggungjawab bersama, tidak wajar disia-siakan
·         Elakkan ganguan kerja.
·         Tempat kerja sebagai yang berharga dan bernilai
·         Pengurusan mesyuarat yang baik dan ada agenda tindakan capai objektif.
·     Adakan prinsip follow up dan follow through.mengikut keperluan dan keadaan secara teliti dan teratur.

11. KEPUTUSAN
·   Dalam organisasi membuat keputusan tidak dapat dielakkan.Dasar dan peraturan memerlukan keputusan yang tepat, adil dan saksama.
·         Ciri perkhidmatan berkualiti ialah kemahiran membuat keputusan.Keputusan perlu dibuat secara profesionalisme dan kualiti pemikiran.
·         Dalam proses kerja membuat keputusan mengatasi kekaburan, penyelewengan, ketidakkepastian pinting

KESIMPULAN


Budaya kerja cemerlang dan pengurusan berkuliti  banyak dipengaruhi oleh nilai dan etika. Falsafah idup mencorak nilai dan tahap profesionalisme kakitangan. Nilai utama digali ilah ilmu,kebijaksana, keadilan dan iktikad. Etika adalah pemelihara tingkahlaku dan dikawal olah iman dan takwa..Implikasi dan cetusan budaya kerja cemerlang dan dan pengurusan berkualiti peningkatan tahap profesionalisme ialah kelahiran kepercayaan dan nilai selaras dengan aliran kemajuan teknologi masa kini.

No comments:

Post a Comment