Monday 20 April 2015

MENGAWAL KOLESTERAL

MENGAWAL KOLESTERAL

Kolesteral dalam kajian pakar perubatan adalah penjahat utama yang menyebabkan sakit jantung.Mencari dan mencegah penjahat ini penting bagi kita semua yang ingin kekal sihat kerana ia adalah pembunuh utama dunia moden ini.Ingat kolesteral ada juga yang baik dan ada juga yang jahat.Nisbah-nisbah dikalangan bentuk kolesteral juga penting terutama mengetahui paras kolesteral anda yang sebenar dari masa ke semasa.Cabaran kita ialah mencegah sebelum terkena serangan atau sakit jantung, Jangan berdalih mengenai cara mengawal resiko serangan jantung kerana anda sendiri yang dapat mengawalnya.

MENURUN KOLESTERAL

Kajian penyelidikan setiap 1% pengurangan kolesteral darah resiko serangan jantung menurun 2%, bahkan ada kajian dapat menurun sehingga 3%. Untuk pengetauan kita pengurangan serangan jantung boleh dicapai dengan pencergahanya tapi bukan untuk merawat penyakit itu. sebahagian besar kematian akibat sakit jantung kerana serangan pertama. Apa yang penting dinasihatkan ialah rawatan sebelum terkena serangan atau resiko terkena sakit jantung akibat tiada pengetahuan penjagaan kesihatan atau amalan yang tidak sihat dalam gaya hidup yang sebelum terkena serangan jantung. Bagi saya pengetahuan atau ilmu dan disertakan dengan amalan penting dalam penjagaan kesihatan dalam kehidupan kita. Kita kekurangan pengetahuan tentang kesan kolesteral yang mengakibatkan serangan jantung. Jika kita ada pengetahuan atau pengalaman maka kita akan berhati-hati dalam penjagaan kolesteral dalam tubuh badan kita.

Pencegahan hanya satu-satu cara untuk membendung penyakit jantung.Jangan berdalih mengenai resiko penyakit jantung. Dalam dunia modenini, resiko penyakit kerana faktor baka atau keturunan tidak memberi kesan yang singnifikan lagi. Sebilangan kecil ada orang berkederungan genatik mengalami kolesteral yang tinggi. Mereka ini memerlukan program penjagaan dan pengawalan yang khusus. Anda dicadangkan mengambil profil lipid anda dan membuat analisis menyeluruh kandungan lemak dalam darah anda. seperti jumlah kolesteral, HDL Kolesteral, LDL kolesteral dan juga jangan lupa pada jumlah lemak dalam badan (Trigliserida)

APA RANCANGAN MENGURANG KOLESTERAL ANDA

Saya telah melakukan program selama 3 bulan dengan HPZII Kota Bharu, ternyata keberkesanannya , koklesteral saya telah turun bawah 4.0 nisbah normal .Jika kolesteral anda melebihi 5.17mmol/L pastikan anda membuat pemeriksaan kerana nisbah normal untuk lelaki ialah 4.5 atau lebih rendah dan perumpuan 4.0 atau lebih rendah. Penyelidikan menunjukkan 3.5 adalah baik dan kurang 3.0 itu cemerlang. Tapi harus ingai ada kajian menunjukkan jika nisbah dikurangkan antara 2.4 dan 2.8 anda boleh menterbalikkan penyakit jantung. Kolesteral adalah penjahat yang boleh menyumbat atreri tapi tidak semua kolesteral dicipta sifat yang sama. Terdapat kolesteral jahat (LDL) dan kolesteral baik (HDL).Kita mahu LDL rendah bawah 3.36mmo/L dianggap baik, jika melebihi 4.14 mmo/L maka ia tidak baik.

Penyelidikan juga mendapati nisbah jumlah kolesteral penting sebagai satu pertunjuk bagi penyakit jantung. Nisbah sangat penting berbanding dengan jumlah kolesteral. Ada orang mempunyai kolesteral yang rendah terkena serangan jantung manakala mereka yang berkolesteral tinggi tidak terkena serangan jantung?

                                                                        Individu A                  Individu B

            Jumlah kolesteral......................... ..6.47 mmol/L              5.17 mmol/L
            HDL (Baik)......................................1.29 mmol/L               0.52 mmol/L
            Nisbah...........................................  5                                  10

Individu A mempunyai jumlah kolesteral tinggi bahaya untuk serangan jantung berbanding dengan individu B.yang mempunyai kolesteral normal. Kemungkinan terkena serangan jantung terletak pada nisbah jumlah kolesteral dengan koklesteral jahat. Jika kolesteral melebihi 5.17mmol/L pastikan ada periksa nisbahnya

Cuba semak tahap kolesteral anda, yang paling penting abnda senak nisbah dan jumlah kolesteral

            Jumlah kolesteral............................            5.17.mmol/L atau kurang
            Kolesteral HDL................................           1.16 mmo/L untuk lelaki
                                                                               1.55 mmo/L untuk perumpuan.
            Kolesteral LDL................................           3.36 mmo/L atau kurang
            Trigliserida......................................            1.41 mmo/L atau kurang
            Nisbah Jumah kolesteral/HDL                     4.5 atau lebih rendah untu lelaki
                                                                              4.0 atau lebih rendah untuk perumpuan.
.                      

PROGRAM MENURUN KOLESTERAL

Teruskan program disenaraikan ini, jika dulu kolesteral anda 6.2 mmmo/L dapat diturukan kepada 5.5i9 mmo/L profil lipid anda akan terus bertambah baik.

  1. Berhenti merokok
  2. Mulakan program pemakanan yang ringkas dan sihat
  3. Mulakan program senaman
  4. Turukan berat badan
  5. Ambil makanan tambahan dan herba
  6. Sedikan satu profil lipid darah anda. (Pemeriksaan darah berkala)

ARTERI SEMAKIN TERSUMBAT 

Petunjuk paling baik arteri yang sihat ialah menurunkan kadar kolesteral anda. Enap cemar,lendir, plak bermula dari masa muda hingga dewasa semakin menimbun. Lagi tinggi kolesteral anda lagi banyak plak dalam saluran darah arteri anda. Plak yang banyak akan menjadi arteri koronari sempit, pengaliran darah ke jantung tersekat. Kesannya anda cepat lesu, sakit dada, sesak nafas kerana jantung kurang mendapat bakalan oksigen untuk berfungsi. Lubang arteri mengeci juga disebabkan pembekuan darah dan ini gajala yang boleh memberhentikan pengalan darah dan bekalan oksigen pada janyung. Jika arteri kecil tersumbat serangan jantung tidak membawa maut tapi jika arteri besar tersumbat kesannya kepada tisu jantung tidak mendapat bekalan oksigen dan ia tidak berfungsi lagi.

GARIS PANDUAN OLEH PROGRAM PENDIDIKAN KOLESTERAL NASIONAL A.S

  • Mereka ada faktor resiko berganda penyakit jantung perlu mengekalkan 2.59mmmo/L dan mereka menunjukkan 3.36 mmol/L patut menjalini terapi drug dan perubahan gaya hidup termasuk mengurangkan lemak tepu, mengurangkan berat badan dan meningkatkan aktiviti fizikal.
  • Penyakit kencing manis tahap 2 berkolesteral tinggi perlu dirawat lebih agresif
  • Paras HDL 1.03 mmol/L faktor resiko penyakit jantung. HDL di tahap 1.55 mmol/L boleh melindungi jantung.
  • Lelaki  dan perumpuan berusia 20 tahun ke atas membuat pemeriksaan kolesteral,LDL,HDL, Trigliserida berkala 5 tahun sekali.
  • Paras Trigliserida pinggiran dinasihatkan kurang berat badan dan bersenam. Trigserida yang tinggi memerlukan pengubatan.
  • Penurunan LDL mengurang jangka pendek serangan penyakit jantung ingga 40%.
  • Makanan stenol dan sterol atau kaya dengan gentinan larutmeningkatkan kuasa poenurunan LDL dalam diet.
  • Hormon-hormon sebagai satu alternatif kepada drug-drug yang boleh menurukan kolesteral 
Dengan penulisan yang ringkas ini saya berharap pembaca mempunyai pengetahuan tentang kolesteral., baik mereka yang telah mengidap pelbagai penyakit kronik atau mereka yang peka tentang penjagaan kesihatan. Pengetahuan yang anda perolehi,  satu kebijaksanaan jika ia diamalkan kerana anda akan menikmati kehidupan bermakna dimasa hadapan.

Mohd.Yazid Deraman. Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG.KKB.

Sumber: Bruce Miller (2002), DDS.CNS  Bruce Miller’s Beter Health Series.Oak Publications. Kuala Lumpur.




No comments:

Post a Comment