Saturday, 6 October 2012

PERGERAKAN KREATIF


PERGERAKAN KREATIF UNTUK PELAJAR IPGKKB
Mohd.Yazid Bin Deraman.SMK
mydyazid@g.mail.com.
Pengenalan
Pergerakan telah berlaku sebelum seseorang kanak-kanak itu lahir. Selepas lahir pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan dan akhirnya kaki.begitu juga dengan perkembangan motor, ia bermula daripada perkembangan motor kasar diikuti dengan perkembagan motor halus. Pada umur 3 tahun mereka dapat bergerak dengan laju ataupun perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan badan mereka. Terdapat beberapa faedah pergerakan adalah iaitu kanak-kanak dapat meneroka natural rhythms (bernafas, berehat, berjalan, berlari dan melompat). Dalam melakukan sesuatu aktiviti kanak-kanak dapat bergerak dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang lain. Dalam teori yang dikemukakan oleh Robert havighurst, beliau menyatakan perkembangan kanak-kanak dapat berkembang melalui persekitaran. Oleh yang demikian guru perlu mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya secara tidak langsung dapat meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut. Yang kedua ialah integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir adalah mengintegrasikan otak kiri dan kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan kreatif ini sememangnya aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak. Dengan adanya aktiviti ini kanak-kanak dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti tersebut secara tidak lansung dapat meningkatkan mindanya untuk berfikir.
Secara amnya pergerakan dapat diabahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan bebas dan pergerakan yang mengikut detik masa. Daripada kedua kategori tersebut empat jenis pergerakan yang berbeza iaitu pergerakan asas. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan non lokomotor. Pergerakan lokomotor adalah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti berjalan, berlari, berjengket dan skip.pergerakan non lokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi berada ataupun berdiri di satu tempat sahaja. Yang keduanya adalah pergerakan semasa bernyanyi. Pergerakan jenis ini tidak memerlukan banyak ruangan, pergerakan ini biasanya dihadkan kepada pergerakan pada bahagian separuh atas badan sahaja. Pergerakan jenis ini selalunya mengikut lirik lagu, supaya kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan bernyanyi dengan lebih bersemangat.yang ketiga adalah pergerakan dengan corak irama dan tarian Pergerakan jenis ini adalah pergerakan yang paling susah dipelajari. Ini adalah kerana, pergerakan jenis ini perlu diselaraskan dengan detik muzik dan kanak-kanak juga perlu mengingati urutan pergerakan. Oleh yang dimikian, pergerakan jenis ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya dan juga mereka yang telah berpengalaman dalam aktiviti pergerakan asas.

2.0 Pergerakan kreatif
Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari.
Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakan bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-kanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-perlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik
3.0 Ciri-ciri pergerakan kreatif
Antara ciri-ciri yang dapat lihat dalam pergerkan kreatif ialah membentuk personaliti unggul. Dengan melaksanakan aktiviti yang berunsurkan pergerakan kreatif, ianya dapat membentuk personaliti yang unggul seperti sifat berani berhadapan dengan orang ramai, berkeyakinan, berdisiplin dan lain-lain lagi. Ciri seperti ini dapat diketengahkan dalam melakukan aktiviti pergerakan kreatif. Ciri-ciri yang kedua adalah keriangan belajar. Ianya dapat dilihat apabila sesuatu aktiviti dijalankan. Apabila kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung kita dapat melihat keriangan antara mereka dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Kita dapat kanak-kanak bebas bergerak mengikut kreativiti masing-masing.
Seterusnya dengan melakukan pergerakan kreatif ini kita dapat melihat kanak-kanak berkeupayaan menyelesaikan masalah. Selalunya kanak-kanak menjana idea baru dan kreatif dalam menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti dengan baik. Sebagai contoh dengan mengambil aspek dalam lakonan kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah dari segi aspek kostum dan persembahan yang berkesan supaya menghasilkan lakonan yang menarik. Yang terakhir adalah pemusatan pemerhatian yang menyeluruh iaitu menggunakan pancaindera. Pergerakan kreatif ianya melibatkan keseluruhan anggota badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan dalam perkembangan motor kasar dan motor halus.
Jenis-jenis pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif
5.1 Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan
lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan lokomotor juga merupakan dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
5.2 Pergerakan bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, berlari setempat, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.
5.3 Manipulasi Alatan
Manupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.
Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari, menggerakkan reben dan memusingkan gelung dengan tangan.
Ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di dalam pergerakan kreatif ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk melakukan dan menghasilkan suatu pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru melakukan suatu aktiviti kepada kanak-kanak yang mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak menggunakan keseluruhan tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan cara memberi mereka mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik, minda mereka akan terangsang dan keghairahan mereka untuk melakukan pergerakan akan timbul tambahan pula mereka diberi kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh sebab itu, mereka akan menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut untuk melakukan pergerakan seperti menari, bertepuk tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan lagi. Kesemua pergerakan inilah yang dipanggil pergerakan kreatif.



4.0 Elemen-elemen pergerakan kreatif
Terdapat 6 elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban, aliran dan irama.
Dalam elemen ruang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang am, ataupun kita boleh guna perkataan lain iaitu ruang terus dan ruang tidak telus. Untuk ruang diri adalah merujukan kepada bahagian yang ada pada sekeliling badan pada seseorang ataupun kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu bahagian. Maka dalam kedua-dua bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai suatu had iaitu lantai, bumbung dan dinding.
Di samping itu, kedua-dua jenis ruang mempunyai tiga tahap. Pada keadaan tahap tengah ialah seseorang sedang berdiri tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan aras lantai adalah dikatakan tahap bawah. Manakala apa-apa koordinasi atau pergerakan yang melibatkan aras tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi.
Elemen ruang juga boleh dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya depan, kiri, kanan dan belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang asas ini dapatlah boleh mewujudkan satu combinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan yang melibatkan ruang am contohnya, pergerakan dengan berjalan lurus ke depan, berjalan berbentuk ular atau berjalan berbentuk zigzag.
Untuk elemen kedua adalah badan atau bentuk badan. Elemen ini telah menunjukkan tentang bentuk gaya boleh dilakukan pada seseorang individu dengan menggunakan seluruh anggota badannya. Maka dalam elemen badan terdapat dua bahagian mengenainya iaitu keseluruhan tubuh badan dan bahagian tubuh badan. Untuk keseluruhan tubuh badan adalah menyatakan bahawa pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas dan terkawal. Pergerakan yang dilakukan amat berkaitkan dengan pertubuhan seseorang kanak-kanak pada aspek lokomotor dan bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya pergerakan berjalan boleh dijalankan secara bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya boleh berubah-ubah dengan bergerak berjalan dan berhenti mengikut rangsangan yang diberikan misalnya, muzik.
Manakala untuk bahagian tubuh badan adalah menyatakan tentang pergerakan yang dilakukan dengan menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota tubuh badannya untuk membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan menggunakan anggota bahagian tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis barang iaitu meja ataupun sejenis haiwan seperti kucing. Pergerakan ini adalah memberi persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberikan. Contohnya, pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti adalah tangan, tapak tangan dan lutut.
Elemen seterusnya dalam pergerakan kreatif adalah elemen masa. Elemen masa adalah saling berhubungan kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat tentang sesuatu gaya bentuk pergerakan. Pergerakan ini bukan sahaja mengenai pergerakan semata-mata cepat atau lambat tetapi juga merangkui proses antara kelajuan lambat hingga cepat. Contohnya seorang kanak-kanak sedang berimaginasi bahawa dia adalah seorang peninju yang ingin menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Manakala seorang kanak-kanak berimaginasi seperti seekor burung yang sedang ingin mendarat, maka dia akan berasa bahawa pergerakan tersebut adalah lambat.
Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan. Dalam elemen beban adalah berkaitan tentang aspet berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan dan dikawal oleh seseorang otot-otot anggota tubuh badan. Maka kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Contohnya, dalam aspek berat- kuat, seseorang budan lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat berat maka budak lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu menggunakan seluruh kekuatan badannya untuk mengankatnya. Manakala untuk aspek halus-ringan, adalah seseorang budan akan berimaginasinya yang dia sedang menyelam dalam air, maka dia akan berasa bahawa badannya adalah sangat ringan semasa dalam keadaan yang menyelam dalam air.
Elemen kelima adalah elemen aliran. Elemen aliran ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu elemen bebas dan elemen terikat. Elemen bebas adalah merujukan bahawa seseorang budak yang sedang melakukan pergerakan secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya seperti melompat di atas udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Pergerakan amat sukar dihentikan dengan serte merta. Manakala untuk aliran terikat adalah pergerakan yang lambat seperti berjalan kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan adalah berada dalam keadaan seimbang.
Elemen terakhir ialah elemen irama. Elemen irama sentiasa dapat dihubung kaitkan dengan elemen masa. Elemen irama bukan semata-mata hanya saling berkait dengan aspek muzik tetapi ia juga berkaitan dengan bentuk irama lain dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, perkataan juga merupakan atau membentuk sebagai irama untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti berkaitkan dengan lokomotor. Contohnya bermain aktiviti tepuk tangan untuk demostrasi irama perkataan. Duduk dalam keadaan bulatan, kemudian sebutkan nama masing-masing sambil menepuk tangan. Selepas orang pertama habis sebut namanya, orang kedua akan sambung dengan tepuk tangan dengan sebut namanya. Proses langkah ini dilakukan sehingga habis dalam satu pusingan. Dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan dengan berirama untuk menyebut nama masing-masing dapatlah melatih pada aspek lokomotor kanak-kanak di samping juga dapat mengikut irama yang betul.
6.0 Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif
6.1 Drama
Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah “pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap  perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka.
Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru prasekolah untuk mengenalpastiseterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut.
6.2 Muzik
Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkanperanan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang abstrak.
Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberikesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkannilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budayamasyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalammuzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSRpelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar


6.3 Tarian
Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain.
0 Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif
Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti pergerakan kreatif, mereka akan secara tidak langsung dapat mempertajamkan imiginasi mereka. Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi. Kanak-kanak akan dapat melepaskan perasaan atau emosi mereka dalam pergerakan mereka lakukan dalam aktiviti yang dijalankan. Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek iaitu melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya. Selain itu juga, pergerakan kreatif menolong membina keyakinan dan kepastian di dalam diri. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antaranya yang perlu ditegaskan adalah keyakinan diri dalam melakukan pergerakan, keseronokan dan kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi, menghormati orang lain, bekerjasama, kebebasan dan berdikar
8.0 Garis panduan mengajar aspek pergerakan.
Sediakan ruangan bagi aktiviti pergerakan. Jika ruangan kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti menepuk tangan, memetik jari dan menghentak kaki.
Beri peluang mereka meluahkan idea-idea muzik melalui pergerakan. Walau bagaimanapun guru perlu memberi panduan pergerakan yang perlu diikuti agar aktiviti tidak menjadi kelam kabut. Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat meransang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik. Sebagai contoh lagu ikan kekek.

Penutup

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk penyataan kendiri yang unit. Dengan lain perkataan setiap peserta mengggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan pemikiran, idea atau perasaannya. Komponem-komponem peergerakan kreatif terdiri daripada badan, runag, masa dan daya adalah asas untuk menghuraikan pergerakan dalam pergerakan kreatif. Pergerakan kreatif merupakan bentuk penyataan kendiri yang unit dan membolehkan setiap pelajar memilih pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk melahir pemikiran idea atau perasaan

Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar dalam memperkembangan potensi kreatif mereka.Peranan guru dalam pergerakan kreatif ialah untuk membimbing pelajar dan membantu pelajar dalam pelbagai pengalaman pergerakan. Dalam pergerakan kreatif guru tidak mengajar sebarang gerak langkah untuk dihafalkan tetapi dalam peregerakan kreatif guru membantu dan membimbing pelajar meneroka berbagai-bagai jenis pergerakan dalam pelbagai cara yang kreatif. Guru tidak memerlukan latihan yang khusus untuk melaksanakan pengajaran pergerakan kreatif, apa yang diperlukan semnagat yang cekal.keberanian, dan sikap yang positif dan initiatif dalam pengajaran pergerakan kreatif. Peranan guru membimbing pelajar meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak berdasarkan pergerakan pelajar sebagai sifat semulajadi mereka.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment