Wednesday, 14 March 2012

KAJIAN TINDAKAN KONSEP DAN AMALAN DALAM PENDIDIKAN

KAJIAN TINDAKAN, KONSEP DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN
MOHD.YAZID DERAMAN
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Baru, Kelantan.
mydyazid@gmail-com

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN
1. Membantu guru menangani cabaran amalan Pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengembang prosesionalisme guru mengenai teknik dan kaedah pembelajaran berkesan.
3. Mengukuh asas pengetahuan profesional guru.
4. Menyelesaikan masalah profesional tanpa bantuan luar
5. Membebaskan guru daripada kongkongan amalan-amalan rutin.
6. Mengupaya guru sebagai profesional dalam amalan berkesan dan berkuasa membuat keputusan.
7. Membawa pembaharuan dn kemajuan amalan melalaui refkleksi kendiri dan usaha sendiri.
8. Meningkat daya kenyakinan diri melalui usaha kolaborasi dan menambah baik prestasi dan kepuasan kerja.
Menjadi agen perubahan dan membawa refleksi dan menganalisis kekuatan serta kelemahan diri
PENYELIDIKAN TINDAKAN……………
1. Intervensi berskala kecil ke dalam fungsi dunia sebenar dan melihat kesan-kesan intervensi ini.
2. Penyelidikan tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu.
3. Bersifat kolaboratif di mana sepasukan penyelidik dan guru bekerjasama dalam sesuatu projek.
4. Ia berunsur penglibatan di mana ahli pasukan mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung
5. Intervensi berskala kecil ke dalam fungsi dunia sebenar dan melihat kesan-kesan intervensi ini.
6. Penyelidikan tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu.
7. Bersifat kolaboratif di mana sepasukan penyelidik dan guru bekerjasama dalam sesuatu projek.
8. Ia berunsur penglibatan di mana ahli pasukan mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung
9. Penilaian kendiri yang berbentuk perubahan dibuat berterusan berdasarkan penilaian berterusan
10. Mengikut Blum, penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat- iaitu peringkat diagnostik di mana permasalahan dikaji dan membentuk hipotesis, dan peringkat terapeutik untuk menguji hipotesis
11. Stenhouse (1975) berkata penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain
12. Ia menambahkan pengetahuan praktik guru


GURU SEBAGAI PENYELIDIK
• Guru sebagai penyelidik dalam kajian tindakan
• Peningkatan profesionalisme guru melalui kajian tindakan.
• Guru dapat menyepadukan teori dan amali melalui kajian tindakan,
• Perubahan dan kemajuan sekolah dalam kajian tindakan
• Merealisasi KPM berkaitan inovasi dan kurikulum melalui kajian tindakan
• Guru terlibat sevara langsusng dengan P & P
• Guru lebih memahami persekitaran bilik darjah dan proses pembelajaran
• Guru berhadapan dengan pelbgai masalah penyampaian pengajaran
• Guru periatin dan profesional akan menyiasat amalan sendiri melalui amalan refleksi:-
• Mengapa murid tidak memberi tumpuan masa P & P
• Adakah mereka sukar memahami pengajaran saya
• Adalah alatan ABM atau peralatan cukup tidak menarik perhatian.
• Adakah kaedah pengajaran saya membosankan.

Bagaimanakah penyelidikan tindakan dapat dibezakan dengan penyelidikan gunaan?
 Penyelidikan gunaan lebih berfokus kepada menentukan hubungan dan menguji teori. Maka ia lebih tegaskan metod saintifik tapi penyelidikan tindakan menginterpretasikan metod saintifik dengan tidak begitu tegas. Ia tumpukan bukan kepada generalisasi tapi kepada ilmu pengetahuan yang tepat kepada satu situasi spesifik.
Apakah aspek yang boleh ditumpukan oleh penyelidik tindakan?
 Kelicinan kerja, produktiviti kerja, motivasi dan hubungan pekerja, kebajikan keseluruhan
 Analisis kerja dengan tumpuan kepada ketrampilan kerja
 Perubahan oranganisasi yang boleh membawa kepada fungsi yang diperbaiki
 Perancangan dan penggubalan dasar
 Innovasi dan perubahan
 Penyelesaian masalah

KONSEP PENYELIDIKAN TINDAKAN
Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi

McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.


CIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN
 Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan penyelidikan tindakan dengan menggunakan CRASP
 Critical collaboration enquiry by
 Reflective practitioners who are
 Accountable in making the results of their enquiry public
 Self evaluative in the practice and engaged in
 Participative problem solving and continuing professional development
Grundy dan Kemmis (1981) menyenaraikan tiga pra syarat
 membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki
 mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan merefleks
 dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke atas proses penyelidikan
Henry dan Henry (1982) menyenaraikan ciri-ciri
 Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibubapa
 Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak, memantau dan mereflek serta menjana pusingan yang berikutnya (lebih daripada satu pusingan - Elliot(1991) berkata sekurang-kurangnya 3 pusingan atau satu tahun pengkajian
 Menyumbang ke atas memajukan proses pengajaran pembelajaran
Penyelidikan Tindakan bercirikan
 Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri
 Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan
 Menyebarkan dan mengongsi pengalaman kepada peserta dan mereka yang berminat
 Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment
 Kolaborasi dengan mengwujudkan suatu komuniti berfikiran kritis -dilakukan oleh guru dlm konteks harian
 Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk meningkatkan kefahaman praktis utk memperbaiki amalan pendidikan
 Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran
TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
“There are two essential aims of all action research: to improve and to involve. Action research aims at improvement in these areas: firstly, the improvement of practice; secondly, the improvement of understanding of practice by practitioners; and thirdly the improvement of the situation in which the practice take place….Those involved in the practice being considered are to be involved in the action research process in all its phases of planning, acting, observing and reflecting”.
(Carr dan Kemmis, 1986:1
Tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk:
 Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran
 Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan
 Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesyen perguruan
 Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar
 Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin
 Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan. Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment)
 Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri
 Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja
 Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN
 mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;
 dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih berkesan;
 dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;
 meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;
 Guru terlibat sevara langsusng dengan P & P
 Guru lebih memahami persekitaran bilik darjah dan proses pembelajaran
 Guru berhadapan dengan pelbgai masalah penyampaian pengajaran
 Guru perihatin dan profesional akan menyiasat amalan sendiri melalui amalan refleksi:-
 Mengapa murid tidak memberi tumpuan masa P & P
 Adakah mereka sukar memahami pengajaran saya
 Adalah alatan ABM atau peralatan cukup tidak menarik perhatian.
 Adakah kaedah pengajaran saya membosankan. Dll……
KITARAN KAJIAN TINDAKAN : FASA-FASA KITARAN KAJIAN TINDAKAN
Fasa 1; Mengenalpasti isu dan masaalah.Mencari fokus kajian
Fasa 2; Merancang tindakan.
Fasa 3’ Melaksana tindakan mengikut perancangan
Fasa 4; Mengumpul dan menganalisis data
Fasa 5: Makanmembuat refleksi dan meneliti tindakan

FASA SELEPAS KITARAN 1,2 DAN SETERUSNYA
Fasa 1; Merancang semula tindakan.
Fasa 2; Menambah tindakan yang ditambah baik.
Fasa 3; Mengumpul dan menganalis data
Fasa 4; Merefleksi dan menilai tindakan yang ditambah baik.

MENGENALPASTI ISU DAN MASALAH SERTA SITUASI MENCARI FOKUS KAJIAN

• Kenapa hendak mengkaji isu ini.
• Apakah fokus kajian mempunyai skop yang luas untuk membawa celik akal.
• Apadah fokus kajian sesuai bagi mengurus projek penyelidikan ini
• Adakah kajian ini sesuai.
BERDASAR INI PENYELIDIK MEMILIH FOKUS KAJIAN DAN MERANCANG TIBSAKAN DALAM FASA 2.

BIDANG FOKUS KAJIAN TINDAKAN
Menentukan fokus
• Mengenalpasti masalah atau isu berpunca dari kebimbingan atau keperihatin terhadap amalan.
• Apakah yang ingin saya lakukan
• Keinginan membaiki sesuaitu situasi atau amalan
• Keinginan mengetahui penambahbaikan dari amalan biasa dan mencuba idea baru,teknik kaedah, strategi.
• Apakah bukti saya kumpulkan membolehkan membuat keputusan membuat kajian.
• Bagaimana saya mengesahkan dakwaan kajian

BIDANG KAJIAN TINDAKAN

• Persekitaran kerja- Kelicinan kerja,produktiviti kerja,motivasi, hubungan kerja,kebajikan dll..
• Keterampilan kerja – Kecekapan mutu kerja melalui kajian sistematik
• Perubahan organisasi – Budaya kerja
• Perancangan dan pengubalan dasar- keberkesanan
• Inovasi dan perubahan- padagogi balam bilik ru.
• Penyelesaian masalah praktikal – Masalah unit dalam bilik darja, cuba menyelesaikan dan membuat penyiasiatan dengan sistematik.

PERANCANGAN
Merancangan tindakan mengikut fokus kajian yang dipilih
1. Adakah saya merancang tindakan dengan merujuk kepada amalan sedia ada atau melaksana strategi baru.
2. Bagaimana hendak mengumpul data bagi menilai tindakan.

MELAKSANA TINDAKAN MENGIKUT PERANCANGAN
• Mengikut perancangan dan tindakan fasa 2
• Jika fasa 3, perancangan terdapat 5 langkah, maka perleksanaan tindakan ke lima langkahh dipatuhi
• Perlu ada rakan keloborasi masa pelaksanaan
• Senarai semak tindakan dibuat pebyelidik dan diguna penyelidik semasa pemantauan dibuat

MENGUMPUL DAN MENGANALISIS DATA
Data yang sesusi adalah data yang mencukupi dan nrelevan untuk menyokong dakwaan kajian. Soalan yang ditanya oleh penyelidik dalam aktiviti pengumpulan data
1. Apakah data yang saya perlu kumpul?
2. Mengapa data perlu dikumpul?
3. Bila data akan dikumpul
4. Dimana data tersebut boleh dikumpul
5. Dimana data dikumpul dari pelbagai sumber

Data yang dikumpul perlu dianalisis untuk interpertasi data dan kesimpulan terhadap kajian
1. Apakah saya fahami dan pelajari analisis data
2. Apakah pola-pola pemahaman baru yang ditemui.

MEMBUAT REFLEKSI DAN MENILAI TINDAKAN
Membuat refleksi dapatan kajian.Persolan dikemukan seperti berikut:-
1. Apakah amalan yang akan diubah dalam bilik darjah daripada fahaman baru sepertin yang ditunjukkan dalam dapatan lajian.
2. Bagaimana dapatan kajian dapat disebar kepada orang laian/guru

SOROTAN KAJIAN

TUJUAN SOROTAN KAJIAN
1. Membezakan apa yang dikaji dengan apa yang perlu dikaji.
2. Mensintesis kajian lepas untuk mendapat perspektif baru
3. Mengenal pasti hubungan di antara idea dan amalan.
4. Memahami konteks bidang
5. Memahami resional kesignifikan permasalahan.
6. Meningkat dan menguasai kosa kata bidang
7. Memahami struktur dan organisasi pengetahuan bidang.
8. Menghubung kait idea dan teori dengan aplikasi.
9. Mengenalpasti metadologi dan teknik penyelidikan yang pernah digunakan.
10. Memaamui kontek dan membiasa diri denan petrkembangan terkini.

GARIS PANDUAN MENULIS SOROTAN KAJIAN
1. Adakah maklumat dari kajian lepas dapat mendalami pengetahuan anda
2. Mengenal pasti terma dalam kajian lepas.
3. Strategi penyelidikan berlainan mempengaruhi dapatan kajian anda
4. Adakah sedutan kajian dipilih sesuai dengan kajian anda
5. Mencatat sumber-sumber terpilih dalam laporan.
6. Mengapa kajian itu dikenalpasti
7. Adakah kajian yang dipetik dan sesuai.



PERANCANGAN PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN TINDAKAN KAJIAN
• Mencari penyelesaian terbaik isu atau masalah yang dikenalpasti.
• Satu plan tindakan untuk disesuaikan dengan isu
• Rawatan untuk untuk penambahbaikan mengatasi masalah yang dikenalpasti.
• Tindakan diambil perlu disokong kajian lepas membantu idea apa yang perlu dilakukan.
• Sebelum merancang tindakan misti jelas objektif kajian dan langkah-langkah penyelidikan.
• Rancangan pemerhatian sepanjang pelaksanaan.-


PENGUMPULAN DATA
• Maklumat yang relevan dan cukup perlu dikumpulkan daripada pelbagai sumber dijadikan asas culup sebagai sumber yang dijadikan asas analisis atau refleksi
• Data pertama tinjauan awal untuk mengesahkan skop dan soalan kajian, mencadangkan perubahan dan dibuktikan dengan sorotan kajian.
• Penyelidik memilih kaedah pengumpulan data kajian.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA
1. Jurnal dan dairi
2. Pemerhatian /Pemerhatian aktiviti kumpulan
3. Nota kerja lapangan peribadi
4. Senarai semak dan iventori
5. Kumpulan perbincangan berfokus
6. Portfolio /buku log
7. Dokuman analisis seperti data pencapaian murid
8. Pemerhatian bersuruktus atau tidak berstruktur
9. Soal selidik./temubual
10. Sosiometri.
11. Alat perakam

ANALIS DATA
1. Konsep analisis data dan menganterpertasi data
2. Analisis data kuanlitatif
3. Proses analisis data kualitatif
4. Keadah menganalisis data kualitataif.
5. Analisis data temubual.
REFLEKSI
1. Membolekan menilai kekuatan dan kelemahan sesuatu tindakan
2. Bertanya diri sendiri sesuatu tindakan yang dilakukan.
3. Memperihalkan pengalaman dilalui melalui kajian dilaksana.
4. 3 jenis refleksi, teknikal,praktikal dan refleksi kritikal.
5. Proses merancang,memantau dan menilai pemikiran sendiri.
6. Menyedar guru perkara yang perlu dipelajari masa depan.

KESIMPULAN
Kajian tindakan merupakan satu alternative bagi guru-guru untuk menambahbaik pengajaran melalui tindakan sendiri. Ia merupakan proses secara keleborasi guru untuk menilai amalan kendiri secara kritis melalui refleksi untuk menyelesaikan masalah.Kjaian tindakan amat sesuai bagi penyelidik apa yang ingin kenalpasti dari awal masalah diadapi, maka dapatlah tindakan diambil segera mengatasi sebagai peluang penambahbaikan.

(Rujukan- Chow Fook Meng & Jaizan Mahamud (2011).Kajian Tindakan.Konsep dan Amalan Dalam Pengajaran. Kuala lumpur..Penerbitan Multimedia.)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment