Saturday, 3 September 2011

Pendidikan Pergerakan- Pergerakan Asas Dalam Pergerakan Kreatif

PENDIDIKAN PERGERAKAN  ASAS 
LOKOMOTOR , BUKAN LOKOMOTOR DAN PERGERAKAN KREATIF
(Mohd.Yazid Bin Deraman SMK)
Ketua Jabatan PJK.IPG.KKB.
mydyazid@gmail.com

PROGRAM PEMBANGUNAN STAF
PADA              :           1-2HB FEBRUARI 2010
TEMPAT         :           BILIK MUZIK, IPG KOTA BHARU
PESERTA       :           PENSYARAH JABATAN KAJIAN SOSIAL.
PENGANJUR;            JABATAN KAJIAN SOSIAL/LPS IPG.KB.
FASILITATOR KURSUS: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHARAN

PERGERAKAN  ASAS
·         Merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
·         Pergerakan lokomotor dilakukan secera menggerak atau membawa badan melalui ruang dari setampat ke setampat


·         Berjalan
o   Berjalan langkah paanjang
o   Berjalan langkah pendek
o   Berjalan langkah besar
·         Berlari
o   Berlari tendang belakang
o   Berlari tendang depan
·         Lompatan kecil
o   Lompat dua kaki
o   Lompat kuching
·         Lompatan tinggi
o   Lompat layang (leap)
o   Lompat dekan (Tuch jump)
·         Ketinting (hop)
o   Ketingting sebelah kaki
o   Ketingting tukar kaki.Dua kali kiri,dua kali kaki kanan
·         Merangkak
o   Merangkak lutut sentuh lantai
o   Melutut jauh dari lantai.
·         Mengguling
o   Guling balak
o   Guling sisi
o   Guling depan
o   Guling Belakang

·         Memanjat
o   Memanjat tangga
o   Memanjat peti lombong
·         Melunsor
o   Melunsor meniarap
o   Melunsor atas punggong
·         Skip
o   Skip berlari
o   Skip lompat.
·         Galop
o   Galop berlari
o   Galop lutut tinggi
·         Polka
o   Gabungan sekali skip,dua kaki gallop
·         Chasse
o   Galop dua kali tukar kaki
·         Grapevine
o   Kaki buka silag,buka tutup.satu arah atau dua arah
·         Do-Si-Do
o   Berjalan depan empat langkah dan undur empat langkah.





PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Menggunakan tubuh badan sebagai alat untuk melakukan pergerakan.

§  Imbangan
§  Imbagan atas perut
§  Imbangan atas punggung
§  Imbangan atas lutut
§  Imbangan Dekam
§  Imbangan Buaya
§  Imbangan bangau
§  Imbangan skala depan
§  Imbangan skala sisi
§  Dirian kepala
§  Dirian harimau
§  Dirian satu tangan
§  Imbangan statik atas alatan
§  Meringkok dan meregang
o   Sambil baring sisi
o   Sambil duduk
o   Ke depan ke belakang fdan ke sisi sambil duduk
o   Sambil berdiri
§  Membongkok dan menegak
o   Membongkok badan dengan kaki kangkang dan kedua belakang tangan rapat ke lantai di antara dua belah kaki
o   Menegakkan badan dengan kaki kangkang dan kedua belah tangan naik lurus dikepala
o   Membongkokkan badan dengan tangan kanan menyentuh hujung kaki dan tangan kiri menyentuh hujung kaki kanan secara selang seli.
o   Menegak badan sambil menghayun tangan ke atas kepala secara bergilir.
o   Membongkokkkan badan dengan kaki kanan bengkok di depan dan kaki kiri lurus di belakang sambil kedua tangan rapat di pergelangan kaki depan
o   Menegakkan badan dengan kaki kanan bongkok di depan,kaki lurus di belakang sambil mendepa kedua tangan bentuk V
o   Membongkok badan dengan kaki kanan sambil mendepa tangan di sisi.
o   Membongkok badan dengan kedua-dua kaki rapat sambil kedua-dua tangan rapat dipergelangan kaki.
o   Menegakkan badan dengan kedua-dua kaki rapat bersilang sambil menaikkan sebelah tangan lurus ke atas dan sebelah tangan depa ke sisi.
§  Mengilas
o   Mengilas badan kiri kanan sambil duduk melunjur,lutut bengkok, duduk bersimpuh dan kedua siku bengkok paras dada
o   Mengilas badan ke kanan dan kiri sambil melutut dan kedua tangan mendepa ke sisi.
o   Mengilas badan ke kiri kanan sambil berdiri kaki rapat dan lutut bengkok kedua tangan kebelakang
o   Mengila badan ke kanan  kiri sambil berdiri dengan kaki kiri lurus di belakang, kedua tangan mencekak di pinggang.
§  Memusing
o   Memusing badan sambil duduk,lutut bengkok,lulut bengkok dan kedua tapak tangan di lantai atau lutut
o   Memusing badan melutut, satu lutut tinggi
o   Memusing badan sembil berdiri,mula dengan kaki bersilang dan kedua tangan lulus ke atas
o   Memusing badan di atas satu kaki sambil mendepa tangan ke sisi.
o   Memusing badan sambil berjengket
o   Melompat dan mendarat sambil memusing badan
§  Melentik
o   Melentik badan sambil baring sisi di atas lantai,kaki lurus  ke atas
o   Melentik badan sambil meniarap di atas lantai,kaki lurus rapat dan tangan lurus di depan
o   Melentik badan sambil melutut, tangan lurus ke atas atau satu tangan ke atas satu tangan ke perut.
o   Menetik badan sambil melutut, sebelah lutut di tinggikan.
o   Melentik badan samba berdiri kaki rapat kedua tangan di belakang
o   Melentik badan ke sisi sambil berdiri kaki rapat, kedua tangan dihulur ke sisi.
o   Melentik badan ke sisi sambil berdiri kaki kangkang,sebelah tangan lurus ke atas dan sebelah lagi pada aras perut.
§  Mengendur dan menegang
o   Dalam posisi meniarap
o   Dakam posisis melentang
o   Dalam posisi duduk  bersimpuh
o   Dalam posisi melutut
o   Dalam posisi bverdiri.
§  Alunan badan (body wave)
o   Alunan anggota tangan ke depan sambil duduk  bersimpuh
o   Tangan disisi sambil duduk bersimpuh
o   Tangan  ke depan sambil melutut
o   Tangan disisi sambil melutut.
o   Tangan depa sambil berdiri  kaki rapat lutut bengkok
o   Tangan di sisi sambil  berdiri sebelah kaki kehadapan sebelah kaki di belakang
o   Alunan tubuh badan di sisi sambil berdiri.
o   Alunan tubuh badanke hadapan kebelakang sambil berdiri.

MANUPULASI ALATAN

1.       Bulat dan padu
Menghayun. Memutar,melantun, meleret, mengimbang, melambung dan menyembut.
2.       Bulat dan leper
Menghayun, memutar,meleret, mengimbang, melambung  dan menyambut
3.       Lembut dan berombak
Membuat putaran besar,membuet putaran kecil. Mengebar, menghayun dan menggoyang.
4.       Panjang dan lembut
Memutar, melilit.menghaytun ,mengimbang, memukul ,mengibas,melambung dan menyembut.

ANGGOTA BADAN

Bahagian badan menangkumi
·         Atas
·         Tengah
·         Bawah
VARIASI
·         Kombinasi susunan pergerakan
·         Arah pergerakan
·         Aras pergerakan.

KOMPONEM-KOMPONEM PERGERAKAN KREATIF
1         BADAN
·         Instrumen untuk melahirkan idea, pemikiran atau perasaan.
·         Idea-idea pergerakan dilahirkan menmggunakan bahagian badan, permukaan-permukaan (depan,belakang,sisi,kiri dan kanan) dan bentuk digayakan oleh tubuh manusia.
·         Pola-pola bahagian badan, bentuk dan posisi
o   Seluruh badan
o   Bahagian badan……………………
o   Gabungan bahagian badan
§  Siku/lutut                   Lengan/kaki                       Tangan/lutut
Bahu/pinggul            Tangan/kaki                       Torak/Kepala
§  Bentuk badan
o   Melengkung, bengkok, bersudut,sempit,lurus, lebar.
§  Bentuk Geometri
o   Bulat, segitiga, segiempat, empatsegi bujur.
§  Permukaan badan
o   Depan, belakang, sisi
§  Posisi Badan
o   Berbaring, duduk, melutut, berdiri
§  Pergerakan lokomotor
o   Beritma sekata
§  Berjalan.berlari,menerkam,melompat
o   Beritma tidak sekata
§  Skip ,Meluncur, gallop.
§  Pergerakan bukan lokomotor
o   Bengkok,putar,regang,goyang,ayun,tunduk,cantas,jatuh,bangun.pusing, tolak, tarin, pukul,angkat, goncang,
§  Gabungan pergerakan bukan lokomotor
o   Berhayun-bergoyang, Berayun-bergolek,berenggang-mengendur,menolak-menarik,meregang-membongkok,menggeliat-berpusing,menggoncang-berhenti,bvangun-jatuh
·         Soalan direka memandu pelajar meninjau pergerakan badan:-
o   Berapa cara yang berbeza dapat kamu gerakkan?
o   Bolehkan kamu gerakkan kedua badan ke arah yang sama?
o   Bolehkah kamu gerakkan dua bahagian badann arah yang berlainan?
o   Berapa bentuk yang berbeza boleh kamu buat dengan tangan kaki, bahu (atau bahagian yang lain)
o   Berapa bentuk yang berbeza yang boleh kamu lakukan dengann seluruh badan
o   Bolehkan kamu buat satu bentuk aras tinggi, sederhana dan rendah.?
o   Bolehkan kamu membuat satu bentuk dan bergerak edar ke arah tempat lain di bilik?
o   Apakah jenis bentuk yang boleh kamu lakukan bersama rakan anda?

2         MASA
·         Tempo-Bagaimana cepat atau perlahan pergerakan dipersembahkan (Kelajuan muzik)
·         Rentak (Ritma dasar berterusan seperti degupan jantung)-satu ukuran masa tampa mengira tempo-underlying
·         Aksen (  Rentak yang lantang dalam satu pola ritma dan durasi (Panjang pendeknya setiap rentak).Satu pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan sebelum dan selepas.
·         Pola-pola ritma-kombinasi tempoh,rentak,aksen dan durasi.
·         Jangkamasa-Panjang pendek setiap rentak atau pergerakan.
·         Perkataan yang ada dengan pola
o   Laju,tetap,sekata,panjang,sederhana,tak tetap,tak sekata,pedek,mengejut,perlahan, cepat.
·         Soalan kepada pelajar berkenaan masa dalam pergerakan kreatif
o   Bagaimana saya bergerak (masa)
o   Betapa cepat atau perlahan saya bergerak?
o   Boleh saya bergerak  seolah-olah perlahan?
o   Boleh saya bergerak perlahan dalam tempoh masa yang panjang?
o   Apaklan pergerakan mengejut saya boleh lakukan dengan seluruh badan,atau dengan satu tangan, atau dengan kaki saya?
o   Boleh saya beralih denbgan satu pergerakan mengejut dan cepat kepada satu pergerakan perlahan?
3         RUANG.
·         Ruang kawasan peribadi atau ruang diri,runang am,persekitaran. Ruang diri tidak bergerak, ruang am persekitaran bilik,gymnasium,padang
o   Arah-          Depan,sisi, belakang, penjuru
o   Aras-          Tinggi sederhana, rendah
o   Jarak-         dekat, jauh
o   Saiz-            Besar dan kecil
o   Laluan-       Berbengkok, lurus, berliku,ziz-zig, bersiku.
o   Bentuk-      Sempit,luas,bersiku-siku, berkitaran dan lurus.
o   Tumpuan- arah memandang
·         Soalan membantu guru pergerakan menggunakan ruang
o   Berapa cepat saya guna ruang?
o   Boleh saya bergerak menggunakan sedikit ruang.
o   Boleh saya berjalan ke dinding dengan laluan lurus,melengkong, zig-zag?
o   Bagaimana cara menggunakan ruanag yang banyak semasa bergerak?
o   Bangaimana pergerakan ayunan saya menggunakan ruang berbeza dengan gerakkan berjalan.
o   Berapa tinggi, jauh saya boleh melompat?
·         Perkataan ada kaitan dengan ruang,arah, struktur
o   Atas-bawah,Dekat –jauh,Diatas-dibawah,Dalam-luar,lekat-tanggal,kea rah dekat-jauh dari,kiri-kanan,Kehadapan-kebelakang-kesisi,Sekeliling-menerusi-di antara,Hadapan-belakang-di belakang-di sisi. Dari jauh-dari dekat.
·         Perkataan form dan bentuk
o   Serupa-berbeza, Besar-sadikit-kecil, Besar-kecil,Lebar-sempit,tinggi-rendah,Lurus-bengkok,Melengkung-membulat,Bulat-empat segi,panjang-pendek,Gemuk-kurus
·         Perkataan ada hubungan ruang bagi menghasilkan idea lain
o   Pertemuan,perpisahan,penyembungan,perpecahan,disamping, mengharumi.

4         DAYA
·         Digunakan setiap pergerakan-jumlah tenaga dikeluarkan sesuatu pergerakan-menunjukkan impak, halus ringan (kurang daya), berat kuat (Bertenaga)
·         Bergantung pada impak-Mendadak atau tenang,kekuatan (Kukuh atau lemah), aliran (bebas, terikat dan imbangan).-Joyce 1980 ms 4.
·         Rings (1980) soalan boleh membimbing hubungan dengan
o   Daya
§  Berapa perlahan dan lembut kaki saya memijak lantai?
§  Bolehkah saya menggerakkan badan dengan kuat?
§  Bolehkah saya bergerak selembut bulu atau seberat gajah?
§  Bolehkah saya bergerak dengan kuat kamudian bergerak dengan ringan?
§  Setinggi mana saya boleh melompat  ke udara?
o   Aliran
§  Apkah bentuk yang mudah untuk saya berhenti dan membeku?
§  Bolehkah saya berpusing dan berhenti dengan cepat?
§  Boleh saya berguling lebih dari sekali tampa henti?:
§  Bolehkah saya melompat,berlari dan berguling?
§  Bagaimana saya bergerak supaya saya berhenti dengan mudah.?
§  Bagaimana saya bergerak agak sukar untuk berhenti?
·         Perkataan yang berkaitan dengan daya.
o   Tegangan,suspense,perksuit (meletus),mengecut,lemah,rewlaksi,bergentar,staccato (terputus-putus),kuat,berat,kawal-lambat,rebah.mengembang,ringan.

5         ALIRAN
·         Berkaitan dengan daya kerana tenaga digunakan apabila melakukan pergerakan.
·         Pergerakan boleh bebas, terikat atau dalam imbangan.
·         Pergerakan bebas cirinya kesenambungan,berterusan dan kebendaliran
·         Pergerakan terikat, terkawal, terimbangan dan terbatas.
·         Imbangan menunjukkan kedudukan pergerakan bebas atau terikat.
·         Kualiti pergerakan daya merangkumi perkara berikut:
o   Pergerakan kawal-lambat….Satu gerak laku dikekalkan selama satu tempoh yang panjang, pelepasan tenaga(daya) secara beransur dan berterusan
o   Pergerakan perkusif-Pergerakan mempunyai jumlah besar tenaga dalam tempah yang singkat ,pergerakan tepat, tajam, berdaya dan agak berat.
o   Pergerakan pendular-Pergerakan berayun yang melalui bahagian bawah Permulaan ini kuat pada permulaan,mempunyai momentum dan satu titik ampaian pada hujung akta.
o   Pergerakan staccato-Bergerak dengan sifat terputus-putus,tajam, cepat dan ringan.
o   Pergerakan bergentar-Pergerakan yang mengigil dan bergentar
o   Meruntuh-Pergerakan yang lemah dan tidak bertenaga,melentur dan melingkuk  kedalam.
·         Soalan kaitan dengan aliran
o   Apakan pergerkan yang mudah untuk saya berhenti dan beku?
o   Boleh saya berpusing dan berhenti dengan cepat?
o   Boleh saya berguling tampa berhenti?
o   Boleh daya melompat berguling dan berlari atau melompat berlari dan berguling
o   Bagaimana bergerak sukar berhenti?

POLA-POLA DALAM PERGERKAN KREATIF

Berdasarkann tiori Rudof Laban (1975)- Soalan  disediakan  untuk menjawab dan menghuraikan pergerakan kreatif seperti soalan apa?, Di mana, Dengan Siapa atau dengan apa dan bagaimana.

·         Apa (Kesedaran terhadap badan) ?
o   Seluruh badan, bentuk badan, bahagian badan, semetri atau tidak semetri.
·         Dimana (Kesedaran terhadap ruang)?
o   Sendiri, umum (Persekitaran), Saiz (kecil/besar)b Aras, pola lantai/udara.
·         Dengan siapa/apa? (Kesedaran terhadap hubungan)
o   Individu, berpasangan, kumpulan kecil besar.objek, bahagian badan
·         Bagaimana (Kesedaran terhadap masa dan daya.
o   Masa-mendadak/kawal/lambat/cepat/perlahan
o   Berat-ringan dan cepat
o   Aliran-Bebas-terikat.


KETEGORI KATA-KATA AKSI DALAM PERGERAKAN KREATIF

·         AKSI PERKUSIF
o   Hentak, meletup, menderap,tumbuk
·         AKSI MENAIK
o   Angkat
o   Naik
·         AKSI GERAK EDAR
o   Berlari,mengesut,lari/pecut,melumsur,gallop,skip,bergegas,lompoat, rejam
·         AKSI MENURUN
o   Rebah, merendahkan,jatuh,tenggelam dan gugur
·         Aksi GENTARAN
o   Menggentar,Menggelentar,menderap,mengegar menggoncang,bergoyang,gemnentar,menggigil.
·         AKSI LOMPATAN
o   Melocat, melonjak,melantun,mementul,melambung.melayang,melenting, terbang
·         AKSI MENGEMBANG
o   Tumbuh,lepas,lebar,capai, buka
·         AKSI MENGENDUR
Mengecut,menutup ,berkerut-kerut,mengecil
·         AKSI PERPUSING
o   Pintal,pusar,putar,pusing,camabuk
·         GHESTUR DAN PANTOMIN
o   Kumpul, meluncur,hembus,beku,bertinggung,pahat,naik,mencabar,bilas,terbang,mengembung, bergelumbang ,pertik, sapu,tarik,tendang, lihat,menyengih.
·         BUNYI
o   Lebah,bercakap,ketawa,berceloteh,menangis,mengkek,mendesir,mengaum. Lauang,menguap,berdengkur, tercunggap-cunggap.Mendengung,mendegus (tarik nafas)
·         KATA-KATA KUMPULAN.
o   Bertembung, mendakap,membulat,tarik,kumpul,kembang,picit,sembunyi,susun,bersesak,jumpa,pisah,mengait, tolak dan terlanggar.

RANSANGAN –RANSANGAN DALAM MEMBENTUK PENGALAMAN PERGERAKAN.

Deria, idea dan emosi boleh menjadi ransangan untuk pergerakan.
1                     RANSANGAN VISUAL
·         Gambar,Rekabentuk,warna dan bentuk merangsangkan pergerakan.
·         Melihat lukisan menyaran pelajar mengamati aksi.,bentuk,warna dan garis-garis.
·         Pelajar membuat gerrakan berdasarkann gambar tesebut-garis,warna,bentuk,objek.
2                     RANSANGAN TAKTIL
·         Mengenai tekstur,kontur permukaan,bentuk,suhu props dan kostium.
·         Suruh pelajar menyentuh objek contohnya kertas pasir kasar,fabric,bulu,velvet dalam mata tertutup, kamudian bincang objek disentuh dan pelajar bergerak mengikut apa yang mereka rasa.
3                     RANSANGAN OLFAKTORI DAN GUSTATORI
·         Deria bau,rasa member idea untuk pergerakan
·         Pelajar menggunakan imigenasi membentuk ransangan dari derianya.Bergerak bau harum, bergerak rasa masam,manis,pedas,sejuk.
4                     RANSANGAN PENDENGARAN
·         Bunyi alat genderang,muzik, suara,arahan lisan idea untuk pergerakan.
·         Puisi dan sajak boleh digunakan meransangkan pergerakan.
5                     RANSANGAN IDEASIONAL DAN EMOSIONAL
·         Alam semula jadi,persekitaran,mud,emosi,hubungan manusia,peristiwa bersejarah,legenda,peristiwa semasa adalah ransangan pada pergerakan
·         Perasaan menjadi mulitut ransangan untuk bergerak.
·         Perasaan riang,sadih,gembira,marah, takut ransangan untuk idea pergerakan
·         Bergerak mengikut perasaan warna, merah-garang. Warna gambaran perasaan marah, takut, bahaya pergerakan cepat,kuat atau berhenti mendadak.
·         Pelajar boleh membentuk drama/peristiwa digambarkan melalui pergerakan.
SEKIAN TERIMA KASIH.

UNTUK KURSUS PERGERAKAN KREATIF DAN PERGERAKANN ASAS PENSYARAH JABATAN KAJIAN SOSIAL IPG KOTA BHARU PADA 1-2HB FEBRUARI 2010.

( MOHD.YAZID DERAMAN.SMK)
Ketua jabatan
Jabatan Pendididkan Jasmani & Kesihatan



No comments:

Post a Comment

Post a Comment