Tuesday 3 April 2012

PERMAINAN BOLA BALING

PERMAINAN BOLA BALING
(Mohd.Yazid Bin Deraman.)
Pensyarah Cemerlang.
Jabatan Jabatan Pendidikan Jasmani.IPGKKB.

PENGENALAN
Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.
SEJARAH PERMAINAN
Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling

Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan Greek, ÂharpastonÊ pada Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada Zaman Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dari Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan ÂtorballÊ berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola baling masa kini.
Haandbold
Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bola yang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.
Hazena
Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz gelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m) dan masa permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan bola baling moden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasan yang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yang hanya boleh bermain terhad di kawasan mereka.
Torball
Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya di Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan di kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan ini telah menjadi popular di seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap negara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya di peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturan pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin.
Bola Baling Padang
Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di kawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapat mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkat dunia, dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan di sukan Olimpik. Justeru itu, International Amateur Handball Federation (IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempoh masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakan kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakan satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada tahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini, saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagi membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan

Rajah 5.2: Logo International Handball Federation (IHF)
Bola Baling Dewan
Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya. Namun, bola baling dewan lebih popular berbanding bola baling padang kerana ia dapat dimainkan dengan pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpa gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanan tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bola baling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu lagi perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan yang paling popular di sukan Olimpik.

Rajah 5.3: Bola baling yang dimainkan di dalam dewan

5.1.1 Perkembangan di Malaysia
Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai sejarah asal usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di negara kita? Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini mula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun 1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.
Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena meraikan Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan pada waktu itu.
Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada September 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya telah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA (Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut.
Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden MAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama Asia Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini ialah Y. Bhg. DatoÊ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa jawatan di peringkat antarabangsa seperti:
(a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling
Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
(c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)
(d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan satu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al- Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalam pembangunan bola baling.

Rajah 5.4: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia(MAHF)

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
5.2.1 Peraturan

Gelanggang Permainan

Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz gelanggang permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6). Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengah antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar. Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan diperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol. Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang 1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara garisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.

Rajah 5.6: Ukuran Gelanggang Permainan
Rajah 5.7: Ukuran Tiang Gol

Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat

(a) Masa Permainan

Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagi umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang.
(b)

Isyarat Akhir
Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam awam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30 minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat sementara, contohnya apabila salah satu pasukan memintatime-outdan bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola yang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balingan percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda. Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama, maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa yang wujud.
(c) memberhentikan perlawanan(time-out)
Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya
berlaku situasi seperti:
-seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang
-diminta oleh pasukan yang bermain
-melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan
Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan sementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan dimulakan semula berhubung dengantime-out. Pengadil juga akan memberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat satu panggilantime-out selama satu minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan.
Rajah 5.8: Isyarat daripada pengadil
Rajah 5.9: Isyarattime-out kepada penjaga masa

BOLA PERLAWANAN
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat di antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.

Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling

Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan
(a) Pasukan
setiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara iniberlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa atau penjaga skor untuk bermain.
(b) Pertukaran Pemain
Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua minit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai denda.
Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain
(c) Peralatan
etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yang merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci.

Rajah 5.12: Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling
PENJAGA GOL
Seorang penjaga gol dibenarkan:
(a) menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di dalam kawasan gol.
(b) bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan sebagai seorang pemain.
Penjaga gol tidak dibenarkan:
(a) melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan.
(b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain.
(c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di luar kawasan gol.
(d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol.
(e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari kawasan gol.

Rajah 5.13: Pergerakan penjaga gol yang dibenarkan
KAWASAN GOL
Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol termasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau memasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalam gelanggang memasuki kawasan gol.
Contoh situasi yang sering berlaku ialah:
(a) pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola
(b) pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang
memanfaatkan pemain tersebut.
Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan (defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol hendak dilakukan oleh pihak lawan.
Rajah 5.14: Kawasan Gol

Rajah 5.15: Pemain pasukan penghadang tidak dibenarkan berada di dalam kawasan gol





Rajah 5.16: Pemain tidak dibenarkan menghantar balik bola kepada penjaga gol pasukannya dan hukuman penalti akan diberikan sekiranya kesalahan ini berlaku

Rajah 5.17: Menjejakkan kaki ke dalam kawasan gol lawan selepas lajak balingan dibenarkan


SYARAT-SYARAT PERMAINAN
Pemain dibenarkan:
(a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha
(b) memegang bola tidak melebihi tiga saat
(c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah
(d) apabila berdiri atau berlari:
-melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan
-melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan
-kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan
-menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan
-kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan

(e) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain
(f) bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika hendak melakukan hantaran
Pemain tidak dibenarkan:
(a) menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki
(b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai
(c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang
Rajah 5.18: Bermain bola baling dengan menggunakan sebahagian besar daripada anggota badan yang dibenarkan
Rajah 5.19: Memegang bola tidak melebihi tiga saat atau berjalan sambil memegang bola tidak melebihi tiga langkah juga dibenarkan
Rajah 5.20: Dibenarkan menerima bola sambil berjalan tiga langkah atau memegang bola tidak melebihi tiga saat

Rajah 5.21: Tidak menjadi kesalahan untuk menggelecek bola dengan menggunakan satu tangan tertentu sahaja
Rajah 5.22: Tidak dibenarkan menendang bola dengan kaki


Rajah 5.23: Tidak dibenarkan untuk menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergerak atau berada dalam keadaan pegun
KESALAHAN PERMAINAN
Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku.
Pemain dibenarkan:
(a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat penguasaan bola itu
(b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola menjauhi pihak lawan.
(c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak lawan tidak menguasai bola.
Pemain tidak dibenarkan:
(a) menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan
(b) menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki
(c) menarik baju atau menolak lawan secara kasar
(d) membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya
Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut situasi yang berlaku.

Rajah 5. 24: Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan untuk mencederakan


Rajah 5.25: Berlari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan

Rajah 5.26: Menghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi kesalahan

JARINGAN GOL
Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan.

Rajah 5.27: Kedudukan bola semasa memasuki gol
BALINGAN MULA (THROW-OFF)
Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakan permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya jikalau pasukan A telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan mula selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis masa tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan mula dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan sebelum sesuatu balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurang- kurangnya tiga meter dari pembaling untuk memulakan permainan.
BALINGAN MASUK (THROW-IN)
Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh mengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil. Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga akan diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itu keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat, pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.
Rajah 5.28: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti memijak garisan tepi
BALINGAN PENJAGA GOL
Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila:
(a) kawasan gol dimasuki pemain lawan
(b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek
masuk ke kawasan gol.
(c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas
lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol
Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain.
BALINGAN PERCUMA
Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil di tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku. Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.

Rajah 5.29: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9 meter dan pengadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling
BALINGAN TUJUH METER
Balingan 7 meter diberi apabila:
(a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.
(b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan gol.
Pihak pengadil akan memberikantime-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.
Rajah 5. 30: Balingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan penalti(sumber??)
BALINGAN PENGADIL
Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan jika:
(a) kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak
(b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang perlawanan
(c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang dilakukan
Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan setelah mencapai puncak ketinggian balingan.

Rajah 5.31: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan
DENDA / HUKUMAN PERMAINAN
(a) Amaran / Kad Kuning
-kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan
-perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan
(b) Hukuman / Gantung Dua Minit
-tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan
-penggantian pemain yang tidak sah
-perlanggaran peraturan permainan
-kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan
(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain
-melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan
-telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga
-tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya
-mengugut pemain di luar gelanggang pemain
-kekasaran hingga mencederakan pihak lawan
-kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh
-dibatalkan penyertaan
Rajah 5.32: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil
Rajah 5.33: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil


Rajah 5.34: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan)
ISYARAT TANGAN PENGADIL

Rajah 5.35: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah lantun atau salah kawal bola

Rajah 5.36: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan membuang masa lebih tiga saat


Rajah 5. 38: Memukul pemain dan menangkap pemain




Rajah 5.39: Salah laku penyerang menolak dan jaringan gol
merempuh ke arah lawan






Rajah 5.40: Balingan masuk dan balingan gol

Rajah 5.41: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan pengad dan jarakkan diri sejauh tiga meter
http://www.scribd.com/doc/8243606/Bola-Baling (16/7)